Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza, Zydee kini berada dalam keadaan kritikal apabila saluran darah ke otaknya pecah. Zydee perlu berehat kerana masih lemah.
“Saya baru dapat tahu berita ini daripada ahli keluarganya. Saya difahamkan dia diserang strok ketika menerima rawatan di hospital itu. Semalam dia mengadu kurang sihat dan minta dibawa ke hospital. Namun tiba-tiba dia diserang strok.
“Doktor memaklumkan keadaan Zydee agak kritikal ketika ini apabila saluran darah ke otaknya pecah. Doktor juga beritahu pihaknya tidak dapat melakukan sebarang pembedahan buat masa ini kerana amat berisiko tinggi,”
– Kozae Murtaza
Menurut Kozae, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Zydee yang kini sedang bertarung nyawa.
“Doktor tidak membenarkan kami melawat Zydee kerana mahu dia berehat dengan secukupnya. Jadi saya mohon kepada sesiapa yang mengenali Zydee mahu pun tidak agar mendoakan kesembuhanya.
“Bagaimanapun, doktor beritahu Zydee stabil dan sudah sedar. Cuma daya ingatannya masih lemah kerana ada darah beku dalam otak,”
“Sekarang ini pihak keluarga dan rakan-rakan hanya mengharapkan kuasa doa daripada semua. Semoga semuanya kembali baik,”
– Kozae Murtaza
Kozae berkata, ketika ini, Zydee masih dirawat di ICU dan dipantau doktor.
“Kepada mereka yang mengenali Zydee, saya harap kalian dapat mendoakan agar Zydee segera sembuh dan aktif seperti biasa,”
– Kozae Murtaza
Biarpun stabil, keadaannya masih belum mengizinkan Zydee dipindahkan ke wad biasa.
Sumber: Harian Metro