Tujuh anugerah, tujuh kategori, 7 pemenang, dua pengacara dan dua stesen TV. Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur bakal berlangsung pertama kali pada malam ni!
Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat dua orang pelakon yang hilarious, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz yang akan menjadi hos Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada malam ini, 22 Februari 2014 jam 9 malam di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Anugerah pertama kali ini disiarkan secara langsung di kaca TV3.
Siapakah yang akan menempa sejarah dinobatkan Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Pilihan dan empat lagi kategori anugerah yang akan diumumkan pemenangnya pada malam ini. Segalanya akan terjawab, jadi nantikan #liveupdate Budiey pada malam ini ya.
Kepada anda yang tak dapat hadir, yang duk rumah, jangan risau sebab anda boleh tonton penampilan dan fesyen yang anggun selebriti di karpet merah yang akan dipancarkan di Hip TV, TV9 pada jam 8.30 malam selama setengah jam.
Jadi, siapa yang akan menang? Cer teka!
[dropcap]R[/dropcap]amalan Budiey, pada malam ini, drama Love You Mr Arrogant akan menang disebabkan pelakon yang mantap lagi pun drama ini berjaya meraih jumlah penonton paling tinggi sehingga mencecah 4.6 juta penonton dan sentiasa trending di laman sosial.
Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, anugerah sempena Festival Drama Kuala Lumpur itu adalah bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang disiarkan saluran televisyen berkenaan sepanjang tahun 2013.
“Kita telah mendapat maklum balas yang sangat baik daripada penonton dan peminat drama-drama Melayu daripada semua slot sejak awal tahun lalu. Oleh itu, kita membuka peluang kepada mereka untuk mengundi sendiri drama dan kategori yang mereka rasa layak untuk menang.”
Tambahnya, drama yang dicalonkan dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.
[pullquote]TV3 dan TV9 akan menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton sepanjang tahun 2013. Drama-drama ini dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di slot-slot drama di TV3 dan TV9.[/pullquote]
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur mempertandingkan 7 kategori iaitu ‘Drama Pilihan’, ‘Pelakon Lelaki Pilihan’, ‘Pelakon Wanita Pilihan’, ‘Pengarah Pilihan’, ‘Penulis Skrip Pilihan’, ‘Barisan Pelakon Pilihan’ dan ‘Hero & Heroin Pilihan’. Bagi kategori ‘Drama Pilihan’ dan ‘Barisan Pelakon Pilihan’, calon-calonnya ialah Ruby, Diandra, Karlos, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Janji Shirah, Love You Mr. Arrogant, Janji Adam, Dalam Setiap Sujud, 6 Progresif dan Puteri Malam. ‘Pelakon Lelaki Pilihan’ menampilkan calon-calon iaitu Sharnaaz Ahmad, Aiman Hakim Ridza, Johan As’ari, Izzue Islam, Aeril Zafril, Azlee Khairi, Zul Ariffin, Zahiril Adzim dan Hafreez Adam manakala ‘Pelakon Wanita Pilihan’ ialah Siti Saleha, Nur Fathia, Nur Risteena, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Zara Zya, Elfaeza Ul-Haq dan Bella Dally.
Kategori seterusnya ialah ‘Pengarah Pilihan’ mempersembahkan calon-calon seperti Azahari Zain (Ruby), Eoon Suhaini (Diandra & Love You Mr Arrogant), Feroz Kader (Karlos), Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia & Dalam Setiap Sujud), Along Kamaluddin (Janji Shirah), Aidilfitri Mohd Yunus (Janji Adam), Fairuz Loy (6 Progresif) dan Nor Hanisyam (Puteri Malam). Bagi kategori ‘Penulis Skrip Pilihan’ pula ialah Tommy CT Loh (Ruby), Shuhadatul Ain (Diandra), Sofia Rhyland (Karlos), Izan (Sebenarnya Saya Isteri Dia), Mufid Suhaimi (Janji Shirah & Dalam Setiap Sujud), Chinta Nadeesha dan Lee Mahbob (Love You Mr. Arrogant), Shahrizat dan Niza Naha (Janji Adam), Adzim Shahbudin (6 Progresif) serta Alfie Palermo (Puteri Malam).
Kategori terakhir ialah ‘Hero & Heroin Pilihan’ yang menampilkan calon-calon iaitu Sharnaaz Ahmad dan Siti Saleha (Ruby), Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia (Diandra), Johan As’ari dan Nur Risteena (Karlos), Izzue Islam dan Tiz Zaqyah (Sebenarnya Saya Isteri Dia), Aeril Zafril dan Nabila Huda (Janji Shirah), Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr. Arrogant), Zul Ariffin dan Elfaeza Ul-Haq (Janji Adam), Azlee Khairi dan Nur Fathia (Dalam Setiap Sujud), Nas-T dan Bella Dally (6 Progresif) serta Hafreez Adam dan Zara Zya (Puteri Malam).
Penonton boleh membuat undian menerusi di www.dfkl.com.my
Tambah Sherina, sempena festival tersebut juga bengkel selama dua hari akan dianjurkan melibatkan 17 penceramah berpengalaman dalam industri seni berkaitan drama dan lakonan.
“Bengkel selama dua hari ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari sesuatu yang baharu melalui pengalaman penceramah-penceramah hebat tanah air. Peserta berpeluang untuk belajar mengenai pengarahan, penulisan skrip, lakonan dan komposisi muzik dengan yuran pendaftaran hanya RM60 dan RM100.”
Bengkel ini akan diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014 Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Bagi yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Tingkat 2, Sayap Utara, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Undian secara dalam talian telah dibuka pada 1 Januari 2014 bagi setiap penyertaan dan lima buah drama pendek yang menerima undian tertinggi bakal mara ke peringkat seterusnya yang akan diadili oleh juri profesional. Pemenang diumumkan pada kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada 22 Februari 2014.
Drama yang dicalonkan seperti berikut:
NO. |
TAJUK |
1. |
Ruby (Samarinda) |
2. |
Diandra (Lestary) |
3. |
Karlos (Aksi) |
4. |
Sebenarnya Saya Isteri Dia (Zehra) |
5. |
Janji Shirah |
6. |
Love You Mr. Arrogant (Akasia) |
7. |
Janji Adam (Azalea) |
8. |
Dalam Setiap Sujud (Ratu) |
9. |
6 Progresif (Aurora) |
10. |
Puteri Malam (9X) |
Kategori yang dipertandingkan seperti berikut:
NO. |
KATEGORI |
1. |
Drama Pilihan |
2. |
Pelakon Lelaki Pilihan |
3. |
Pelakon Wanita Pilihan |
4. |
Pengarah Pilihan |
5. |
Penulis Skrip Pilihan |
6. |
Barisan Pelakon Pilihan |
7. |
Pasangan Serasi Pilihan |
Peminat-peminat boleh mengundi calon-calon pilihan mereka di www.dfkl.com.my mulai 1 Januari 2014. Undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang yang akan diumumkan pada malam anugerah yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2014.
Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) menampilkan Berita Harian dan New Straits Times sebagai Rakan Media, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Tonton dan Veedo selaku Rakan Digital.
Layari laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #DramaFestKL bagi untuk menghangatkan lagi bahang Drama Festival Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada tahun hadapan!