in ,

“Kita Cuba Lagi,” – Zulin Aziz Kembali Berbaik Dengan Suami

Selepas memberi bayangan rumah tangganya bermasalah, pelakon Zulin Aziz memuat naik perkongsian kembali berbaik dengan suaminya, Farhan Norzaini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Zulin berkata apa yang berlaku adalah ujian namun memberikan hikmah yang indah buat mereka.

“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang.

“Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin berkata ada sebab mengapa hantaran sebelum ini dibuat dan hanya mereka yang tahu sahaja tentang apa yang berlaku.

“Ada sebab kenapa hantaran itu dibuat. Ada sesuatu perkara yang berlaku. Yang mana tahu je yang tahu. Alhamdulillah  asbab dan hikmah di sebalik itu,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG GALAXY A54 5G AND GALAXY A34 5G

Mengapa Anda Perlu Dapatkan Galaxy A SEKARANG!

PUTERI SARAH LIYANA SENYUM

Puteri Sarah Menyesal Tak Rakam Video Perbincangan Dengan Syamsul