in , ,

Zulin Aziz Beri Bayangan Sudah Bercerai Selepas Setahun Kahwin

Perkongsian pelakon Zulin Aziz mengejutkan ramai apabila seolah memberi bayangan seolah rumah tangganya dengan suami, Farhan Norzaini sudah berakhir kerana tiada persefahaman.

Hantaran dikongsi pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 34, di Instagram (IG), yang mencetuskan spekulasi peminat berhubung status perkahwinannya, pagi tadi, akhirnya terjawab.

Melalui hantaran di Instagram Story (IGs), kira-kira sejam lalu, Zulin memohon diberi ruang dan mengaku sedang dalam proses pulih atau ‘healing’.

“Minta doakan yang baik-baik, mungkin ini ujian buat kami.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

“Saya minta maaf jika saya tidak dapat beri apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja, biarlah kami yang tahu.

“Biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu,” katanya.

Menurut Zulin lagi, dia berharap semoga semuanya baik-baik saja dimasa akan datang dan masa dapat mengubat segalanya.

Bekas pengacara Melodi itu juga memohon agar permintaannya dihormati.

“Hanya mohon doa kalian dan harap kami dapat jalani kehidupan yang baik pada masa depan dengan haluan masing-masing.

“Tiada apa yang mahu dikongsi, semoga Allah jaga rapat aib kami.

“Saya bersama keluarga sekarang, beri saya ruang dan waktu untuk ‘healing’. Saya akan kembali dengan lebih kuat,” katanya yang turut menafikan status dimuat naik bahan gurauan, ‘prank’ atau sekadar kandungan untuk ‘memancing’ pengikut.

Zulin turut menyatakan apa yang dilalui sebagai permulaan yang sangat indah dan berharap berakhir dengan baik.

Perkongsian Zulin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan perkara itu serta mengatakan pasangan itu sering memuat naik bersama-sama dan dilihat bahagia. 

Malah, ada netizen mengatakan beberapa hari lalu Zulin dan suaminya dilihat bersama dan tiada masalah.

Malah, ada yang berharap tidak menggunakan ayat-ayat seperti itu untuk konten semata-mata kerana perkara seperti ini tidak boleh dibuat main.

Melalui perkongsian pagi tadi, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz meluahkan:

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya.

“Jaga diri.”

Lebih menimbulkan tanda tanya pengikut, luahan itu diiringi foto majlis pernikahan Zulin bersama suami, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari tahun lalu.

Tindakan itu seolah-olah memberi bayangan berlaku sesuatu dalam hubungan rumah tangganya.

Zulin sudah memadam semua foto bersama Farhan dalam akaun media sosial berkenaan.

Pada ruangan komen, ramai peminat memberi maklum balas terkejut dengan entri dimuat naik Zulin berikutan selama ini, Zulin dan Farhan tidak pernah menunjukkan hubungan mereka bermasalah.

Sebelum ini, Zulin mendedahkan mengalami keguguran, akhir tahun lalu, melalui siaran langsung TikTok.

Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan pasangan itu baru saja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HIDAYAH ABAM HAMZAH

Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Hingga Ke Gunung Jerai, Kedah

FAD BOCEY

Ingat Ke Empat Rupanya Lima, Tahniah! Isteri Fad Bocey Hamil Anak Kelima