Menurut pelakon berusia 47 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk merapatkan saf antara jemaah ketika mengerjakan Rukun Islam yang kedua itu.
Alhamdulillah kami masih rapatkan saf, masih lagi terasa nikmat… MasyaAllah banyaknya komen, yang komen negatif tu baca apa yang ditulis pada belakang baju tu,” tulisnya.
Rakaman video berdurasi tujuh saat itu dihujani hampir 500 komen warganet dimana segelintir individu mengkritik tindakan Zul selain menegur supaya tidak perlu berkongsi perkara tersebut di media sosial.
Bagaimanapun, rata-rata mengambil dari sudut positif yang mengakui rindu melihat suasana solat jemaah yang merapatkan saf sebelum berlaku wabak Covid-19.