Tahukah anda, Zul pernah mengalami masalah berat badan apabila ia naik mendadak mencecah 105 kilogram (kg)? Perkara itu didedahkan sendiri oleh Zul ketika menjalani penggambaran filem J Retribusi di Johor Bahru, baru-baru ini.
Menurutnya, masalah berkenaan berlaku beberapa bulan lalu apabila dia tidak menjaga pemakanan seperti kebiasaan.
“Sedar tak sedar berat badan saya naik mendadak hingga 105kg. Selepas itu juga saya ada masuk hospital sebab sakit, namun tidak begitu serius.
“Jadi saya kembalikan balik rutin harian saya dan kini sudah mencapai 90kg. Saya hanya pergi ke gym dan buat senaman kardiovaskular, tiada kaedah tertentu,”
– Zul Ariffin
Jelas Zul lagi, dia tidak perlu untuk menambah atau mengurangkan berat badannya ketika ini kerana filem J Retribusi tidak memerlukan dia berbuat begitu.
“Untuk watak Jay ini saya tak perlu untuk buat badan macam dalam Tombiruo: Penunggu Rimba atau Sangkar. Lagipun dalam filem ini, penampilan saya banyak berpakaian penuh, jadi tak perlulah nak diet atau bentukkan badan sangat,”
– Zul Ariffin
Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan dijangka ditayangkan pertengahan tahun depan.
Zul akan bergandingan dengan pelakon Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor, Ashraf Sinclair dan ramai lagi.
Pelakon Zul Ariffin akan digandingkan buat pertama kali bersama rakan lamanya, Ashraf Sinclair dalam filem aksi sekuel “J Retribusi”.
Menerusi laporan yang dipetik dari KosmoOnline, kedua-dua pelakon itu telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun dahulu, di mana usia mereka 17 tahun.
“Saya kenal Ashraf sejak berusia 17 tahun. Sekarang saya berusia 33 tahun. Dia adalah orang terawal yang saya kenal ketika mula-mula masuk dalam industri.
– Zul Ariffin
“Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama. Peliknya sebelum ini memang tidak pernah berpeluang langsung untuk berlakon sama,”
Zul akan kembali tampil membawa watak Jay Zulkarnain seperti dalam “J Revolusi” yang diterbitkan pada 2017. Namun kali ini, dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).
Sebaliknya, watak Jay akan lebih dikembangkan serta menjadi pengawal peribadi kepada seorang anak orang kaya.
Justeru itu, Zul telah membuat persediaan dari aspek mental dan fizikal bagi melakonkan babak aksi semasa penggambaran filem tersebut.
Menurutnya, kebanyakan babak aksi yang dilakukan adalah atas usahanya sendiri tanpa menggunakan pelakon aksi ngeri.
Dalam pada itu, Zul juga ingin menjaga kesihatan dan kecergasannya. Tambahnya lagi, dia sering ke gim dan membuat senaman kardiovaskular.
Filem “J Retribusi” turut menampilkan barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Dato Rosyam Nor, Chen Yi Ming, Theebaan G serta pelakon cilik Ainin Batrisya.
ZUL ARIFFIN: J Retribusi merupakan sekuel filem J Revolusi yang diterbitkan pada 2017. Dalam filem ini saya kembali memegang watak Jay Zulkarnain, namun dia tidak bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK). Dia kini sebagai pengawal peribadi untuk seorang anak orang kaya. Berbeza daripada jalan cerita filem terdahulu, dalam J Retribusi watak Jay lebih bebas untuk berkembang kerana bukan lagi anggota UTK.
Adakah lebih banyak babak aksi untuk filem kali ini?
Secara peribadi, untuk watak Jay, memang babak aksi dalam filem kali ini lebih besar daripada filem pertama. Kebanyakan babak aksi yang saya jayakan juga saya usahakan sendiri tanpa menggunakan pelakon aksi ngeri. Setakat ini, kalau adapun babak aksi yang betul-betul saya rasa tidak buat, barulah saya menggunakan ‘double-stunt’.
Bagaimana persediaan anda untuk watak Jay dalam filem kali ini?
Persediaan lebih terhadap aspek mental kerana penggambaran filem ini amat memenatkan. Kadang-kadang berada di lokasi penggambaran dari pukul 7 malam sampai 7 pagi keesokan harinya. Alhamdulillah setakat ini belum ada kecederaan yang serius berlaku kepada saya. Melakukan babak aksi pun seperti koreografi tarian, kalau seorang salah langkah akan merosak keseluruhan babak. Jadi, saya banyak berlatih depan kamera.
Bagaimana pula dengan persediaan fizikal anda?
Beberapa bulan lalu berat badan saya naik mendadak sehingga 105kg. Tetapi sekarang sudah kembali dengan berat 90kg. Dahulu, saya pernah masuk hospital kerana terlalu makan sehingga sakit, namun tidaklah serius. Untuk watak Jay, saya tidak diperlukan untuk buat badan macam dalam Tombiruo: Penunggu Rimba atau Sangkar.
Tidak ada latihan spesifik, namun buat masa sekarang, saya selalu ke gimnasium dan buat senaman kardiovaskular. Bukan untuk watak Jay sahaja, namun, memang sebelum ini saya terlalu seronok bercuti sampai makan pun tidak jaga (ketawa).
Bagi orang yang kenal Zul Ariffin, pergi ke gimnasium adalah rutin biasa saya.
Baiklah, bagaimana perasaan dapat berlakon bersama buat kali pertama dengan Ashraf Sinclair?
Saya kenal Ashraf sejak berusia 17 tahun. Sekarang saya berusia 33 tahun. Dia adalah orang terawal yang saya kenal ketika mula-mula masuk dalam industri. Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama. Peliknya sebelum ini memang tidak pernah berpeluang langsung untuk berlakon sama.