Budiey nak ucapkan tahniah kepada tiga orang selebriti dan personaliti lelaki yang cukup hebat dalam bidang fizikal jasmani kerana telah dipilih untuk menjadi duta kepada produk NIVEA. Budiey juga tak sabar untuk mendengar perkongsian cerita tentang Tips Kekal Yakin dan positif dari Personaliti Cabaran NIVEA Cool Kick Triple Shield, Kevin Zahri, Zul Ariffin & Nazim Othman. Temubual Budiey bersama ketiga mereka akan berlangsung jam 4 petang ini di salah sebuah dewan terkemuka negara.
Keyakinan diri tidak hanya datang melalui cara pemakaian dan penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Apa yang penting ialah persiapan pada diri kita sebelum keluar dari rumah setiap hari. Hal ini termasuklah persiapan emosi dan diri sendiri.
Bagaimanakah agaknya persiapan Zul Ariffin sebelum beliau hendak tiba di lokasi pengambaran? Atau persiapan Kevin Zahri untuk memastikan dia kekal yakin setiap hari? Apa pula yang Nazim Othman lakukan untuk memastikan dia sentiasa fokus ketika dalam waktu bekerja?
Pada jam 4 petang ini, Budiey akan menghadiri satu sesi interbiu besama personaliti Cabaran NIVEA Cool Kick Triple Shield untuk mereka kongsikan tips–tips serta pendapat untuk mengatasi 3 masalah “grooming” yang dihadapi kebanyakan jejaka malaysia.
Jangan lupa untuk mengikuti sesi temubual ini di saluran Youtube Budiey.com. Diharapkan korang akan SUBSCRIBE jugak ya. Layari sekarang dan tonton video yang ada kat sana: www.youtube.com/budiey27