“Saya tak pernah pula dengar cerita begini (Najuwa putus tunang) dalam media sosial.
“ Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena mengena,” katanya kepada Wilayahku.
Mengulas lanjut, pelakon filem Penunggang Agama memberitahu dia tidak ada masa untuk mengusutkan kepala dengan isu tersebut.
“Saya ada banyak benda nak buat dan macam takde kerja lain pula hendak jadi punca.
“Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu seperti ini. Sebelum ini, spekulasi tersebut muncul mungkin disebabkan pernah digandingkan bersama dalam drama,” ujarnya.
Untuk rekod, Intan dan Zul pernah bergandingan dalam drama Setelah Ku Dimiliki yang disiarkan menerusi slot Akasia pada tahun 2019.
Terdahulu berita perpisahan Intan Najuwa dan kekasih Kembali menjadi bualan warganet apabila Intan menjawab soalan peminat di instagram storynya menerusi ask me question, hari ini.