Dah lama betul Budiey tak guna minyak rambut Code 10. Teringat masa sekolah dulu, selalu guna minyak rambut Code 10. Sekarang ni, produk kegemaran ramai satu ketika dulu kembali dengan wajah baru dan juga produk penjagaan rambut baharu. Khabarnya, Code 10 ada duta baru iaitu Zul Ariffin.
Tahniah Zul Ariffin, kini dah bergelar duta produk Code 10. Dengan kempen Kemas Adalah Kini, Code 10 akan mengadakan event di Mydin Subang Jaya selama 3 hari iaitu 24 September hingga 30 September ini.
“Kini Code 10 aktif dalam misi untuk meraikan gaya kemas dan segak sealiran dengan trend terkini.”
Budiey ada menerima jemputan untuk hadir di Majlis Pelancaran Code 10 pada 29 September ini. Katanya, macam-macam aktiviti akan berlangsung di sana seperti cabutan bertuah, penggayaan rambut percuma dan ada cenderamata untuk media ya.
Tahniah sekali lagi buat Zul Ariffin.