Zul berkata, keputusan itu diambil untuk meluas dan menguruskan perniagaan berasaskan makanan dan minuman di mesin layan diri yang berpangkalan di sana.
Perniagaan ini adalah hasil kerjasama saya dengan satu syarikat Singapura. Namun, saya tetap akan berulang alik ke sini memandangkan kerjaya saya juga masih di Malaysia,” katanya.
Zul berkata, dia kini dalam proses mencari kediaman sesuai di samping menguruskan beberapa urusan perpindahan.
Menurut Zul, hasratnya untuk menetap tidak jauh dari Jabal Nur dan Masjidil Haram juga hampir menjadi kenyataan.
“Sebelum ini ketika menunaikan umrah, saya pernah bercakap kepada diri sendiri, pagi-pagi kalau naik atas Jabal Nur dapat joging pun seronok.
“Rezeki saya dapat mencari rumah dengan harga berpatutan di kawasan itu dan lebih kurang lima kilometer saja dari Masjidil Haram,”
– Zul Ariffin
Bagaimanapun, Zul tidak akan meninggalkan dunia lakonan memandangkan industri lakonan tanah air kini sedang hidup semula.
Perniagaan tidak akan membuatkan saya meninggalkan dunia lakonan kerana industri perfileman kita semakin meningkat semula,” katanya.
Selain itu, Zul juga akan mengikuti kelas Bahasa Arab di satu universiti di sana untuk memudahkan urusan komunikasi.
Terbaharu, Zul kini membintangi filem seram berjudul Talbis Iblis yang bakal ditayangkan pada 20 Oktober ini.
Selain Zul, Tablis Iblis turut menyaksikan lakonan Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Sherie Merlis, Jay Iswazir, Daniella Sya, Amir Nafis dan Izzy Reef.