Sebelum ini, pelakon bertubuh sasa Zul Ariffin ada berkongsi kegelisahan yang bersarang di hati sehingga tumpah air mata jantan di Instagram miliknya.
Nampaknya, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berjumpa pendakwah kontroversi, Ebit Lew semalam,
Zul dilihat memuat naik sekeping foto bersama Ebit di ruangan Instagram namun tidak pula berkongsi dengan lebih lanjut apakah pengisian perjumpaan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, peminat tampil meninggalkan komen nada teruja melihat dua figura ini bertemu.
“Alhamdullilah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit..” komen netizen.
Ada juga yang beranggapan Zul kini sudah mula untuk mempelajari ilmu agama apabila dia dilihat banyak mengikuti akaun media sosial yang menjurus ke arah ketuhanan dan dakwah Islam.
Terdahulu, Zul ada membuat siaran langsung Instagram di mana dia mendakwa mengalami masalah kesihatan mental yang tidak stabil kerana tekanan menghadapi pandemik COVID-19.
Ujar pelakon filem Tombiruo ini lagi, dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah peribadi dalam media sosial kerana ia lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.
“Saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedah banyak perkara juga ada keburukan dan kebaikan. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya.
Pelakon bertubuh kekar itu turut menitipkan nasihat buat peminat agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan dan dikuatkan iman oleh Yang Maha Esa.“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa itu salah satu cara yang paling terbaik, kuasa doa sangat hebat,” ujarnya.