Pengurus kepada Zul Ariffin iaitu Afdal Shahizad menyatakan pelakon filem Sangkar itu sedang berehat. Katanya, Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Damansara ekoran masalah tekanan darah tinggi atau hypertension.
“Zul mengalami hypertension but all good lepas jumpa doktor. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah sahaja,â€
– Pengurus zul
Difahamkan, Zul ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang. Terdahulu, Zul berkongsi hantaran gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan: “Rest jap,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, Zul berkongsi sekeping fotonya terlantar di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanannya di Instagram Stories miliknya.