Zul Ariff mungkin nama baru di dalam industri muzik tanahair, namun pada Mac 2021 yang lalu beliau telahpun melancarkan lagu pertama beliau yang bertajuk ‘Saat Aku’. Tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama, walaupun dikesempitan ruang dan situasi pandemik yang banyak menganggu, Zul Ariff tetap berani dan meneruskan langkahnya dengan melancarkan lagu kedua beliau yang bertajuk “IYA”.
Lagu ini mendapat sentuhan magis dari composer berpengalaman iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok, manakala liriknya pula adalah dari Shazee Ishak, Audi Mok dan Mimifly. Didalam lagu ini juga turut menampilkan kolaborasi bersama Mimifly, penyanyi yang tidak asing dengan gaya nyanyian dan persembahan yang pastinya memukau.
Lagu “Iya” menceritakan kisah sepasang insan bercinta yang ingin membina rumah tangga bersama. “IYA” di dalam konteks lagu ini ialah jawapan pihak wanita menerima lamaran daripada pihak lelaki.
Menurut Zul Ariff, “Cerita di sebalik lagu “IYA” bermula dengan satu idea di mana kami ingin membuat sebuah lagu yang sesuai digunakan sebagai “wedding song”, tetapi dengan gaya dan warna nada yang lebih moden. Jalan cerita lagu ini agak intim dan menyentuh perasaan. Contohnya, rasa gementar si lelaki sebelum melamar si wanita. Lirik lagu ini juga mencerita kegembiraan kedua-dua pihak kerana telah berjumpa dengan “soulmate” masing-masing.
Biarpun cara penerbitan dan bunyi-bunyian yang digunakan dalam lagu ini moden, pendengar masih dapat mendengar dan merasai emosi dan ”jiwang” dari melodi dan lirik lagu. Kami sengaja menyatukan bunyi-bunyian seperti alatan strings bersama alatan synthesizers serta bunyian elektronik yang lain untuk memberi para pendengar sesuatu yang baru, moden dan segar.
Saya harapkan agar lagu ini sedikit sebanyak dapat mengiburkan dan dan mengubati hati sesiapa yang mendengarkannya “
Lagu “IYA” sudah boleh didengari bermula 27 Ogos 2021 di semua pelantar digital striming dan lirik video juga boleh di tonton menerusi saluran Youtube Warner Music Malayia.
Lirik Lagu IYA
- : IYA
- : Zul Ariff ft Mimifly
- : Shazee Ishak & Audi Mok
- : Shazee Ishak, Audi Mok & Mimifly
Nadiku selaju tengkujuh Sesak nafas aku menunggu Bila kau kata yang kau juga Juga serupa
Kau tersenyum bila menyahut Ucapan salam dari jauh Pencarian cinta ku ini
Kini berakhir
Hadir kamu bagaikan mimpi Kini cincin sudah di jari
Tiap janji kan ku tepati
Ku tepati
Chorus
Selamat tinggal sepi Selamat pagi cinta Denganmu, bagai Ku hidup semula
Selamat tinggal duka
Kerna kau ku rasa
Akulah yang paling bertuah Bila kau mengucapkan iya
Ya tiada lagi tanda tanya Khabar satu dunia
Bilang engkau aku punya Mulanya dua jiwa jadi satu ya.. ya..
Kau dan aku
ya.. ya..
Dalam susah dalam senang Kita redah sampai menang ya.. ya.. ya.. ya..
Kerna jiwa ragaku
Hanya mahu dirimu Bahagia bersama Selama-lamanya..
Selamat tinggal sepi
Selamat pagi cinta
(Ini kisah kita hari pertama selamanya) Denganmu, bagai
Ku hidup semula
Selamat tinggal duka
Kerna kau ku rasa
(Kerna ku rasa kisah ini untuk selamanya) Akulah yang paling bertuah
Bila kau mengucapkan iya
(Iya.. Iya.. Iya.. Iya)
Ucapkan iya
(Iya.. Iya.. Iya.. Iya)
Nadiku selaju tengkujuh Sesak nafas aku menunggu
Selamat tinggal duka
Kerna kau ku rasa
(Kerna ku rasa kisah ini untuk selamanya) Akulah yang paling bertuah
Bila kau mengucapkan iya
Iya.. Iya.. Iya.. Iya Ucapkan iya
Iya.. Iya.. Iya.. Iya
Kerana Hadir kamu bagaikan mimpi Kini cincin sudah di jari
Pejam mata biarkan kesepian berlalu kerna kau ada aku
Selamat tinggal sepi
Selamat pagi cinta
(Ini kisah kita hari pertama selamanya) Denganmu bagai
Ku hidup semula