Setelah berada di negeri Kelantan pada 19 April yang lalu, Zon Ceria Suria FM kini ke Muar Johor untuk memberi peluang kepada pendengar Suria FM untuk lebih dekat dan makan-makan bersama penyampai Suria FM di lokasi kedai makan terpilih. Sabtu ini, 26 April 2014, Suria FM akan ke Mee Bandung Central, Tanjung Agas, Muar, Johor. Kami akan menghidangkan Mee Bandung terbaik untuk para pendengar di Johor.
Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Kami sangat teruja ke Muar untuk bertemu dengan pendengar disana. Kami mahu menjemput semua pendengar datang ke Mee Bandung Central, Tanjung Agas, Muar untuk menikmati Mee Bandung yang terkenal. Linda Onn, DJ Lin, Reza Mohamed dan Suria Ford Wheels juga ada untuk menghidangkan makanan kepada anda dan memeriahkan suasana”.
Pada 19 April 2014, Zon Ceria Suria FM telah ke negeri Kelantan Darul Naim. Penyampai Suria FM, Halim Othman, Adibah Noor, DJ Lin serta Suria Ford Wheels telah memeriahkan Zon Ceria Suria FM di Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan, Jalan Hilir, Kota Bharu Kelantan bermula jam 12 tengahari. Hampir 500 orang Kelantan telah membanjiri Nasi Ulam Cikgu dan suasananya cukup meriah!
Menurut DJ Lin,
“Kami semua cukup terharu dengan sambutan orang Kelantan terhadap Suria FM sampai ada yang sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengan kami. Nasi Ulam yang dihidangkan juga terbaik dan sekarang kami tahu kenapa Restoran Nasi Ulam Cikgu sentiasa padat dengan orang. Sabtu ini, saya bersama Linda Onn dan Reza Mohamed akan ke Muar Johor pula untuk belanja orang-orang Johor Mee Bandung terbaik.”
Ini merupakan tahun kedua Zon Ceria dianjurkan oleh Suria FM. Untuk tahun 2013, Kami telah ke Lembah Klang, Terengganu dan Kedah serta hampir 4000 orang telah berkumpul di untuk sama-sama menikmati makanan tempatan dan beramah-mesra dengan penyampai Suria FM. Untuk lebih maklumat lanjut dan mengetahui destinasi seterusnya, layari laman web Suria FM, www.suriafm.com.my. Suria FM, Menceriakan Duniamu.