[dropcap]H[/dropcap]ati-hati jika anda berada di dalam Zon Ceria kami. Sebagai ganjaran buat anda, anda mungkin akan diterjah dan dibelanja ketika anda sedang menjamu selera. Teruja? Selamat datang ke Zon Ceria Suria FM!
[pullquote align=”right”]Zon Ceria Suria FM sudah bermula 30 Mac 2013 yang lalu dan bakal berakhir pada 14 Mac 2013. Tinggal seminggu lagi sebelum Zon Ceria Suria FM berakhir, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan.[/pullquote]
21 restoran di sekitar Lembah Klang telah kami jelajahi untuk berjumpa dan meraikan pendengar Suria FM. Antara restoran yang tersenarai adalah restoran yang menjadi tumpuan ramai seperti Restoran NZ Curry House, Restoran Saba, Mali’s Corner, Restoran Sambal Hijau, Restoran Hayaki, Restoran Pelita dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini, 12 restoran lagi restoran yang akan Suria FM lawati dan untuk mengetahui dimanakah destinasi kami yang seterusnya, layari laman web www.suriafm.com.my klik Suria Wheel atau dengar Suria FM untuk mengetahui lintasan Kru Suria Wheel pada setiap 12.50 tengahari dan 5.50 petang untuk lokasi terkini mereka.
Tujuan kami mengadakan Zon Ceria Suria FM ini sudah pastinya untuk menceriakan dan menghargai para pendengar setia serta memikat hati pendengar baru. Jika meja anda bertuah, kru Suria Wheel bersama dengan penyampai Suria FM seperti DJ Lin, Bob Ringgo, Reza Mohamed, Seri dan Wan Ajaib akan serbu meja anda dan belanja anda makan.
Segalanya di dalam Zon Ceria Suria FM, pasti menceriakan dunia anda!