Sejak jam 7.30 malam, ramai pendengar sudah berkumpul di ruang legar Zam Zam Café & Satay Club, Bandar Utama untuk menikmati Murtabak Zam Zam. Kemeriahan cukup dirasa di Zon Ceria Suria FM yang telah berlangsung pada 16 September 2013 yang lalu.
Jika awal tahun dahulu Suria FM telah menerjah ke restoran-restoran dan belanja para pendengar makan, kali ini bersesuaian dengan kempen Suria Bayarkan di Suria FM, Zon Ceria kembali dengan skala yang lebih besar dan sudah pastinya lebih lazat untuk menghargai para pendengar kami.
Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin,
“Terima kasih diatas kesudian para pendengar untuk hadir ke acara Zon Ceria Suria FM semalam. Walaupun semalam adalah Hari Malaysia dan cuti umum, pendengar tak putus-putus tiba dan menikmati Murtabak Zam Zam. Pendengar yang hadir juga amat menggalakkan dan sangat meriah. Kami berharap untuk lokasi seterusnya iaitu pada 21 September 2013 di Nasi Dagang Kak Pah, Kuala Terengganu, lebih ramai pendengar setia dan pendengar baru yang akan muncul.
Sama-sama kita menikmati keenakan Nasi Dagang sebagai sarapan pagi di tepi Pantai Batu Buruk. Pada 28 September pula, kami akan ke D’King Mee Udang Banjir, Sungai Petani dan jom ramai-ramai meriahkan Zon Ceria Suria FMâ€.
Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa tanda kalender anda pada 21 dan 28 September ini untuk Zon Ceria Suria FM bersempena Suria Bayarkan. Anda hanya perlu ambil makanan dan mari sama-sama menikmati keenakan makanan tempatan di Kuala Terengganu dan Sungai Petani. Tidak ketinggalan memeriahkan acara adalah para penyampai Suria FM, Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan.