in

Zombi Kilang Biskut Prihatin Kehilangan MH370

Sabtu, 8hb Mac, merupakan satu detik yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia, apabila pesawat MH370 berserta 239 penumpang, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, menuju ke Beijing, telah hilang tanpa dikesan, sehingga kini.

Bagi pengarah, juga pelakon filem Zombi Kilang Biskut yang akan ditayangkan pada 20 mac ini, telah mengambil kesempatan, ketika jelajah promosi filem berkenaan di Perak, untuk meningkat kesedaran orang ramai, dalam bersatu, untuk mendoakan keselamatan MH370 dan penumpangnya.

Poster Filem Zombi Kilang Biskut

Bertempat di UTC Ipoh, pengarah, Mamat Khalid, juga pelakon-pelakon filem tersebut, Awie, Usop Wilcha, Eina Azman, Dalimawati, dan Wani NS, telah bertemu dengan orang ramai yang mendapatkan pelbagai khidmat kerajaan di situ, dengan mempromosikan filem juga meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kehilangan pesawat penerbangan Malaysia itu.

“Abang cukup simpati dengan apa yang berlaku. Bagi abang, rakyat Malaysia harus bersatu dan terus berdoa, atas keselamatan penumpang dan pesawat. Ini merupakan satu peristiwa yang cukup memberi kesan kepada kita semua, dan abang berharap, agar penumpang juga pesawat tersebut ditemui dengan selamat,” kata Mamat Khalid ketika ditemui.

Bagi Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha pula berkata:

“Dalam situasi yang cukup genting ini, kita harus ketepi sebarang perbezaan atau fahaman politik. Kita memerlukan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia,” jawabnya kala ditanya mengenai isu perbezaan politik dalam menangani hal ini.

Cukup dikenali sebagai Husin, dalam filem-filem terdahulu, Awie, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan. Kata Awie, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertugas dalam operasi ini. Bukan sahaja petugas dari negara kita (Malaysia) tetapi negara lain yang terlibat. Ini menunjukkan kita mempunyai hubungan baik dengan negara-negara lain.”

Zombi Kilang Biskut, terbitan Enjit Semut Sdn Bhd, kini sudah mula ditayangkan di 88 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Awie, Usop Wilcha, Shuk Balas, Eina Azman, Dayana Roza dan ramai lagi. Dengan kos sebanyak RM 1.7, Zombi Kilang Biskut diedarkan oleh TGV Pictures.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Kilauan Emas Musim Ke-4 di Shah Alam

E! News Asia Special Singkap Rahsia Lisa Surihani