Hadiah itu diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36 yang bakal disambut esok. Tahniah buat Zoey!
Zoey berkata, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan itu adalah rezeki buat dirinya.
“Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.
“Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.
“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan,”
– Zoey Rahman
Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.
“Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,”
– Zoey Rahman
Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.