“Doakan kami.†Itu kata pelakon dan pengacara Zoey Rahman mengenai hubungannya dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie.
Keintiman pasangan itu mulai menjadi sebutan dalam kalangan pengikut mereka dan warganet selepas kedua-duanya kerap membuat sesi siaran langsung di Instagram.
Malah, hantaran dimuat naik Zoey, 36, di Instagram juga seolah-olah memberi gambaran mengenai hubungan cinta yang terjalin.
Zoey berkata, dia dan Zarina sudah saling mengenali sejak sama-sama terbabit dalam filem Legenda Budak Setan pada 2010.
“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.
“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,â€
Menurut Zoey, sejak hubungan itu mendapat perhatian warganet, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) dan komen. Ada yang suka dan ada sebaliknya.
“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.
“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.
“Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing,†katanya.
Ditanya adakah itu hanya sekadar gimik bagi melariskan produk rangkaian Mikaseries, Zoey menafikannya.
“Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.
“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,â€
Live Instagram Dengan Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Diasak Soalan Netizen – “Anju Memang Ambil Dadah Ke?â€
Terdahulu Selepas media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan d4dah di Nilai, Negeri Sembilan, nama Zarina Anjoulie, 34, menjadi panas dalam kalangan warganet.
Zarina atau mesra dipanggil Anju didakwa sebagai selebriti yang ‘kant0i’.
Lantaran itu malam tadi, Zarina yang membuat sesi siaran langsung dengan pelakon Zoey Rahman, 36, di Instagram (IG) diajukan soalan mengenai laporan tersebut.
Sesi yang memakan masa antara 10 hingga 15 minit itu dihujani dengan komen penonton yang ingin mendapatkan kesahihan tentang berita itu.
Bagaimanapun, Zarina dan Zoey tidak menjawab soalan panas kerana sedang rancak berborak mengenai kecantikan wajah dan pemakaian pendakap gigi.
Selepas Zarina keluar daripada live tersebut, Zoey sempat membaca dan menjawab beberapa komen.
“Betul ke Anju ambil dadah?
“Zoey, Anju memang ambil dadah ke?†antara soalan yang ditanya.
Bagaimanapun, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menyatakan dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.
“Mana lah saya tahu,†jawab Zoey secara ringkas.
Terdahulu, seorang selebriti wanita dit4han kerana disyaki terlibat dengan penyal4hgunaan d4dah jenis Met4mfetamin di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.
*Sumber: Harian Metro