in

Zoe Saldana Duta Jurucakap Produk Antarabangsa L’Oréal Paris

Berita terkini tentang dunia selebriti dan kecantikan pastinya tentang perlantikan pelakon filem Avatar yang membawa watak sebagai Neytiri iaitu Zoe Saldana yang menyertai barisan wanita lain seperti Ryan Reynolds, Freida Pinto, Eva Longoria, Jane Fonda, Julianne Moore dan Blake Lively sebagai spokesmodel antarabangsa yang baru untuk L’Oréal Paris. Sebagai wajah jenama kosmetik itu, bintang yang mempunyai wajah eksotik dan feminin ini pastinya bakal muncul dalam iklan TV dan media cetak serta multimedia jenama kecantikan ini.

Zoe Saldana

“Semasa saya membesar, saya telah diajar untuk percaya dengan kemampuan diri saya. Saya juga yakin, wanita mampu untuk lakukan apa sahaja perkara yang lelaki boleh lakukan. Ini sebenarnya adalah falsafah keluarga yang banyak membentuk siapa saya hari ini. Sebagai jurucakap L’ Oréal Paris, saya bukan sahaja dapat berkata, We’re worth it, malah dapat jadi memegang gelaran duta produk ini sangat bermakna buat diri saya. Saya mahu berkongsi nilai yang cukup positif bersama wanita supaya mereka dapat menerimanya dan melaksanakan kehidupan dengan penuh keyakinan. Saya teruja untuk menyertai perjalanan kecantikan ini dengan apa-apa jenama yang memberi inspirasi. ”

Nampaknya tahun 2014 adalah tahun yang sibuk buat Zoe Saldana kerana selain sibuk mempromosikan produk L’Oréal Paris, bintang Star Trek ini juga dijadualkan akan berlakon dalam sekuel filem Avatar yang terbaru. Saldana juga akan muncul sebagai peneraju dalam drama adaptasi NBC berjudul Rosemary’s Baby.

Pasti ramai yang tak sabar menunggu untuk melihat bagaimana gojes dan menawannya Saldana dalam iklan terbaru L’Oréal Paris.

Tidak disangkalkan lagi, perlantikan ini adalah bukti bahawa Zoe Saldana adalah salah seorang wanita yang paling cantik di dunia.

Zoe Saldana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bell Menang Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival

Peraduan Menangi Tiket Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN