Zizi menjelaskan mereka kini berada dalam fasa berkawan baik, namun enggan meletakkan harapan tinggi kerana bimbang akan kecewa.
“Ya, kami berkawan baik dan saya selesa dengan Yusuf. Tapi kami tak pernah berjumpa atau keluar ‘dating’ pun, hanya berhubung menerusi telefon.
“Kalau boleh saya tak mahu letakkan sebarang harapan yang tinggi terhadap hubungan ini. Takut kalau tidak jadi, kemudian kecewa,”
– Zizi Kirana
Mengulas mengenai panggilan sayang daripada Yusuf, Zizi berkata ia hanya sekadar gurauan namun dia tidak menolak jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh.
“Panggilan itu kami main-main sahaja tetapi tidak sangka ramai peminat yang memberi ‘lampu hijau’ terhadap kami. Bahkan ada juga yang mendoakan jodoh kami sehingga tular juga video itu dalam TikTok.
“Jika benar jodoh saya dengannya, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik untuk kami,”
– Zizi Kirana
Dalam pada itu, Zizi mengakui dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan jika diberi pilihan mahu bercinta selepas kahwin.
“Saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi biarlah masa yang menentukannya. Kalau boleh saya nak bercinta selepas kahwin sahaja,”
– Zizi Kirana
*Sumber: Kosmo!