in , ,

Zizi Kirana Seronok Jadi Pengacara MPV RAMADAN Bersama 13 Selebriti 

Kebiasaannya umat Islam membuat pelbagai persiapan sejak dari awal bulan Ramadan lagi. Ini bukan sahaja tanda kesyukuran di bulan yang mulia ini malah sepanjang Ramadan sudah dirancang dengan pelbagai aktiviti bakal di lakukan seperti bebuka puasa bersama anak yatim, majlis tadarus dan majlis khatam al-Quran.

Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan turut sama mengimarahkan bulan Ramadan dengan menyiarkan program khas yang menampilkan artis Zizi Kirana bersama selebriti tempatan berkongsi kisah dan pengalaman tentang karier, pakaian pilihan, masakan kegemarannya dan persiapan Ramadan juga menjelang Syawal. 

Kelainan yang ditonjolkan menerusi program ini kerana Zizi bersama pemandu MPV yang dikenali sebagai Abang Remy akan menjemput sendiri artis undangan menaiki MPV sebelum menemubual artis pilihan dalam MPV tersebut.

MPV RAMADAN DI TV OKEY

Menerusi program majalah gaya hidup diberi tajuk “MPV Ramadan” yang sedang bersiaran sejak 7 April lalu, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 11.30 pagi menerusi saluran TV Okey, seramai 13 orang selebriti undangan bersama-sama memeriahkan program ini.

Usah ketinggalan berkongsi kisah persiapan sambutan Ramadan penyanyi daripada ahli kumpulan trio di Malaysia, Sophia Liana. Selain menyanyi, beliau juga giat berlakon dan pernah mengacarakan sebuah program bersama kumpulannya. 

Menjadi lumrah ketika bulan Ramadan semua orang akan sibuk beribadah dengan lebih lagi. Tidak kurang juga selebriti tanah air yang turut beribadat menerusi kerja-kerja amal sepanjang bulan mulia ini. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan berasal dari Sabah iaitu Tuju K-Clique.

Seterusnya Zizi menampilkan seorang penyanyi yang bukan calang-calang orangnya kerana selain terlibat dalam bidang hiburan, beliau juga merupakan seorang doktor perubatan. Seorang yang ceria dan peramah, dialah Hanie Soraya.

Antara artis lain yang terlibat menjayakan program ini termasuklah naib juara Hero Remaja pada tahun 2017 iaitu Farhan Asri, Nabil Aqil, Ruhainies, Aiman Tino, Aniq Suhairi, Alif Muhaimin, Sarah Suhairi, Loca B, dan penyanyi rap wanita bertudung, Bunga.

Paling istimewa, usah ketinggalan menyaksikan episod Redah Raya, khas Syawal pada 3 Mei ini, pukul 11.00 pagi yang menampilkan pasangan suami isteri yang romantik dan kelakar iaitu Cik Manggis dan suaminya, Acham. Zizi berkesempatan mengunjungi dan menyambut Aidilfitri di rumah mereka.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wani & Yonnyboii Nyanyikan Lagu Raya SEMANGAT LEBARAN KITA

Syamel Kembalikan Mood Lagu Raya Klasik Menerusi Lagu ERTI LEBARAN