Dah la lawa, suaranya pun memang merdu!
Baru-baru ini, kedengaran tentang perihal Zizi yang dikatakan ingin menghapuskan gambar-gambar seksinya.
Pada 30 Disember 2020, Zizi telah memuat naik satu perkongsian di Instagram story.
Berdasarkan hantaran itu, Zizi merasa lucu dengan sikap segelintir netizen yang ‘kelam-kabut’ memberikan reaksi dengan kenyataan Zizi yang mengatakan beliau menghapuskan gambar seksinya.
Ini kerana, netizen berpendapat bahawa masih ada foto seksi di laman sosialnya itu.
Namun Zizi menjelaskan, gambar di Instagramnya banyak yang mana memerlukan masa untuk dihapuskan.
Dalam pada itu, Zizi mengakhiri hantaran itu dengan mendoakan kebaikan diberikan kepada semua.
Betul la tu guys, slow and steady tau!