in , , ,

Zizi Kirana Malu-Malu Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kepada Yusuf Bahrin

Sedia maklum, secara diam-diam pasangan merpati dua sejoli iaitu penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah selamat disatukan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan kisah percintaan mereka. Tahniah! inai masih merah dijari jadi kami ucapkan selamat pengantin baru buat Zizi dan Yusuf!

Tidak menghebohkan kisah cinta mereka kepada umum, berita mengenai Zizi Kirana melangsungkan pernikahan Ahad lalu bersama pilihan hatinya Yusuf Bahrin ternyata mengejutkan ramai.

Bagaimanapun, selepas bernikah, netizen dapat menghidu sisi romantis yang tidak pernah ditunjukkan oleh Zizi sebelum ini secara terbuka kepada khayalak ramai.

ZIZI KIRANA NIKAH

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil menceritakan walaupun ramai yang menyedari perubahan dirinya itu, namun dia sendiri masih malu-malu dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan hadirnya Yusuf dalam hidupnya sebagai seorang suami.

ZIZI KIRANA NIKAH

“Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah… bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah. Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!”

– Zizi Kirana

Dalam pada itu, Yusuf berkata dia juga seakan tidak percaya sudah bergelar suami namun seronok apabila berumah tangga.

“Saya rasa terkejut, dapat rasa kemanisan apabila berkahwin. Selalu orang cakap kahwin best, inilah yang seronoknya. Dalam perkahwinan ada ujian, dugaan dan salah faham, tapi kita cuba atasi dengan baik,”

– Zizi Kirana
ZIZI KIRANA NIKAH

Ditanya mengenai panggilan manja kepada Zizi, Yusuf berkata dia memanggil isterinya dengan panggilan Nur dan sayang, manakala Zizi memanggil Yusuf dengan panggilan Habibi.

“Banyak, saya selalu panggil dia Nur sebab nama depan dia Nur tapi asalnya saya panggil dia sayang. Tapi masa mula-mula kenal panggil habibti,” katanya.

Sekadar info, pada 19 September 2021, Zizi sah bergelar sebagai seorang isteri buat Yusuf dengan hanya sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

ZIZI KIRANA NIKAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Kumpulan Dolla Pula Mewakili Malaysia di Papan Iklan New York Times Square

Ada Sebab Remy Ishak Umum Tarik Diri Dari ABPBH 34