Bersama-sama hos artis cantik Zizi Kirana, program ini sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 8.00 malam di saluran TV Okey mulai 24 Ogos lalu. Program ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana dalam 13 episod siarannya, orang ramai turut diperkenalkan dengan anak-anak seni berbakat kelahiran Sabah.
Dalam episod pengenalannya Zizi Kirana bersama-sama undangan khas menemubual S. Atan yang merupakan komposer terkenal, dan kemudiannya berkongsi cerita juga mengenali dengan lebih dekat lagi si cantik Angelica Paujin yang merupakan penyanyi berasal di Tambunan, Sabah. Persembahan Zizi Kirana bersama Kumpulan Suara Warisan yang berdendangkan lagu “Pandang- Pandang Jeling-Jeling” turut menghiburkan penonton di penghujung rancangan.
Seterusnya ikuti perkongsian cerita dan pengalaman artis dan komposer lain antaranya dalam episod empat menampilkan Kumpulan Estraged & 4A9 Band, Rahmat Kamikaze & Knappa Band, Marsha Milan & Benn Simon, Mohar, Dino & Olie, Mc Gusta, dan Jari & Dabra Sia Ying Ying.
Zizi Kirana turut berkongsi kisah tetamu Prof Dato Johari Salleh & Aduan Silvenus, Yasin, Mac Chew & Jenny Chin dan Ayai Ilusi & Elvin Dainal.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.