Zizi berkata dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara.
“Saya ambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial selama lima hari. Saya rasa rimas dan semak dengan pelbagai cerita terutamanya perbalahan netizen mengenai isu Covid-19 dan hal politik negara.
“Lebih membuatkan saya kecewa apabila membaca perkongsian seorang individu di laman sosial yang tak habis-habis menyalahkan orang lain dalam kes Covid-19 ini, sampai ada yang kata Sabah jadi punca kes meningkat.
“Itu belum masuk isu politik lagi… sepatutnya dalam keadaan getir begini kita semua berganding bahu dan bekerjasama memutuskan rantaian jangkitan dan bukannya menunding jari menyalahkan antara satu sama lain,”
– Zizi Kirana
Zizi menjauhkan diri daripada menggunakan semua aplikasi laman sosial dan membukanya semula pada Isnin lalu.
Malique Nasihat Supaya Berehat dari Sosial Media
Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini berkata dia memilih berehat daripada media sosial kerana teringat nasihat yang disampaikan oleh mentornya iaitu komposer Malique.
“Saya teringat pesanan abang Malique, kalau rasa stres atau serabut cuba tutup laman sosial… berehat sekejap!
“Rehat dan tenangkan diri, mengadu dan bercerita dengan tuhan. Saya guna nasihat itu dan cuba jauhkan diri daripada laman sosial buat sementara waktu, ternyata ia sedikit sebanyak membantu meredakan keresahan ini.
“Dalam keadaan sekarang ni nak mengadu dengan keluarga… mereka pun tengah susah dan berada jauh di Sabah. Kawan-kawan pun ada masalah sendiri, jadi sekarang ini yang terbaik mengadu pada Allah,”
– Zizi Kirana
Zizi Bimbang Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman Sabah
Sementara itu, Zizi berkata dia turut bimbang dengan keadaan dan keselamatan keluarga di kampung halaman di Semporna, Sabah.
“Setiap hari saya memikirkan tentang keluarga di kampung. Dalam keadaan angka jangkitan terus meningkat, sudah pasti risau dan bimbang keselamatan mereka itu ada.
“Alhamdulillah mereka semua baik-baik sahaja. Setiap hari saya akan curi masa buat panggilan video dan bertanya khabar.
“Apa yang penting sekarang ini kita berdoa semoga wabak ini cepat-cepat berakhir dan ingatlah moto kita jaga kita. Tak sanggup lagi nak lalui Perintah Kawalan Pergerakan atau lockdown seperti bulan Mac lalu!,”
– Zizi Kirana
*Sumber: mStar Online & IG Zizi Kirana