in

Zizi & Halim Othman Suria FM Tukar Kerja

Zizi dan Halim Othman bertukar karier

Menyelami jiwa juruterbang, mengetahui cara untuk mengendalikan kapal terbang mungkin merupakan salah satu impian anda. Begitu jugalah yang dialami oleh dua orang penyampai stesen radio Suria FM, Halim Othman & Zizi bersama dengan seorang pendengar bertuah mereka yang di berikan peluang untuk menjadikan impian mereka menjadi kenyataan.

Belajar memandu kapal terbang ringan adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh penyampai radio Suria FM, Halim Othman Dan Zizi yang mengendalikan segmen Breakfast @ Suria bermula dari pukul 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Peluang keemasan ini juga turut diberikan kepada pendengar bertuah Suria FM, Mohd Rizal.

Menurut Zizi, beliau takut kepada ketinggian tetapi beliau dapat mengatasi ketakutan itu selepas mendapat peluang memandu kapal terbang ringan tersebut dan pastinya beliau berasa sangat teruja dengan sesi pembelajaran tersebut.

Untuk memandu kapal terbang memerlukan keyakinan diri yang tinggi serta berani. Bukan mudah untuk memandu kapal terbang walaupun ia sekadar kapal terbang jenis ringan kerana ia sangat mencabar kewibawaan seseorang. Begitu lah yang dirasakan oleh mereka bertiga.

Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh Kapten Dylan Morvryn Bhaskaran dari F.A.S Udara Flying Club bertempat di F.A.S Flying School di Subang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi.

Mohd Rizal yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang merupakan salah seorang pemenang yang bertuah untuk belajar memandu kapal terbang. Beliau tidak melepaskan peluang keemasan ini walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh.

Kata beliau “saya bertolak pada malam Jumaat dan pulang semula ke Kelantan sejurus selepas sesi pembelajaran tamat. Saya langsung tidak menyesal berjalan jauh dan saya rasa berbaloi untuk saya datang kerana tidak semua orang berpeluang untuk memandu kapal terbang. Sangat seronok !“

Halim Othman juga tidak ketinggalan meluahkan keseronokannya “Sesi pembelajaran memandu kapal terbang ringan ini bukan hanya sesi untuk belajar memandu kapal terbang semata-mata, tetapi dapat memberi peluang kepada penyampai radio untuk bermesra dgn pendengar mereka.

Ia juga peluang untuk stesen Suria FM memberi penghargaan kepada pendengar Suria FM. Peluang sebegini jarang diadakan oleh mana-mana stesen radio atau televisyen. Diharapkan acara seperti ini dapat berlangsung lagi untuk masa hadapan.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malique Cuba Lagi Dengan 2010 Masih Hip Hop

Dapatkan Sabun Mandian Mangezkin PERCUMA