Menerusi ucapan itu, Zizan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu dan dikurniakan anak yang baik serta meminta agar mendoakan untuk dirinya.
“Kepada bakal puan Mira Filzah, saya Zizan Razak ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan saya doakan yang terbaik untuk Mira dan juga bakal suaminya.
“Saya doakan supaya kekal hingga Jannah, mendapat anak yang baik, menjadi keluarga yang baik dan juga harmoni. Doakan juga untuk saya,” ujarnya.
Zizan Razak
Dalam pada itu, Zizan berkata dia tidak mempunyai masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan Mira sekiranya menerima undangan.
“Seharusnya saya datang, pernikahan harus diraikan dengan kemeriahan,” katanya.
Terdahulu, Zizan pernah digosipkan memiliki hubungan istimewa dengan Mira, bagaimanapun Mira pula mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan dengan mana-mana rakan artis.