in

Zizan Razak Nafi Bermasam Muka Dengan Johan

Pelawak dan pelakon Zizan Razak menafikan mempunyai masalah dalaman ataupun bermasam muka dengan pasangan gandingannya dalam kumpulan Jozan iaitu Johan.

Melalui Portal Mstar, Zizan telah mengakui yang dia agak sukar berjumpa dengan rakannya itu kerana kedua-dua mereka mempunyai komitmen kerja masing-masing.

“Kami tiada apa-apa masalah cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja, waktu kerja pula berbeza, kebiasaannya masa dia tidur, saya baru bangun. Tapi kami sering berhubung dan bertanya perkembangan cuma akhir-akhir ini mungkin kurang digandingkan di televisyen.”

Zizan berkata demikian ketika ditanya tentang khabar angin kononnya dia dan Johan sukar untuk ditemukan.

Bagaimanapun, Zizan berkata, dia sering mencari kesempatan untuk bertemu dengan Johan di studio radio jika mempunyai tugasan di Astro.

“Kalau ada promosi di radio atau televisyen di Astro saya akan ambil kesempatan untuk bertemu dia. Saya sanggup tukar masa tidur saya untuk datang bertemu dia terlebih dahulu.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Rowan Atkinson Mr Bean Masuk Islam?

Kelab Cardiff City Taja Selebriti Lelaki Popular