Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.
“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.
“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.
“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),”
– Zizan Razak
Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.
Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.
“Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ketawa)
“Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.
– Zizan Razak
Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, kawannya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram.