Bergandingan dalam drama berjudul Raya, ada yang mengusik pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zizan Razak.
Usikan ini semakin menjadi-jadi selepas Zizan dan Hawa berlakon bersama dalam drama bertajuk, ‘Raya Sebagai Isteri’ arahan Michael Ang.
Hawa bagaimanapun menganggap usikan peminat itu sebagai lumrah dunia hiburan dan menegaskan hubungannya dengan Zizan hanyalah ibarat adik dan abang, tidak lebih daripada itu.
Zizan Razak suka mengusik dan perkongsiannya mungkin buat orang salah sangka… Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia sebelum ini. Kami tiada apa-apa hubungan pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni. Zizan jenis kuat mengusik dan suka kongsi gambar ketika penggambaran dalam media sosial. Mungkin dari situ orang salah sangka.
– HAWA RIZWANA
Difahamkan, Hawa membawakan watak sebagai isteri kepada Zizan dalam sebuah telefilem raya yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Tidak mengapa Hawa, kalau betul ada jodoh pun, apa salahnya kan. Apapun, semoga Hawa dan Zizan ditemukan dengan pasangan terbaik.