in ,

Zizan Nin Jadi Chef Dalam Drama Bersiri Dapur TV2

AKSI ZIZAN NIN SEBAGAI TUKANG MASAK DALAM DRAMA BERSIRI DAPUR DI TV2

Minatnya begitu mendalam terhadap bidang masakan tetapi ayahnya pula beranggapan sesuatu kerjaya yang boleh dibanggakan dan satu simbol kejayaan hidup sekiranya memegang jawatan arkitek bukannya seorang tukang masak. Namun Rahman berkeras memilih jalan yang bercanggah dengan impian ayahnya, Abdullah yang juga bekas seorang jurutera.  

Watak Rahman direalitikan oleh pelakon kacak Zizan Nin yang sebelum ini terbiasa membawakan peranan eksekutif di pejabat dan kali ini menerusi drama Dapur arahan Zamani Ibrahim, Unit Drama TV RTM ini babak-babak kemunculan Zizan memerlukannya banyak beraksi di ruang dapur sebagai seorang tukang masak yang turut menyaksikannya bergandingan dengan pelakon Sharifah Nadia, Abu Bakar Juah, Kartina Aziz, Atie AF, Shahronizam dan Ruminah Sidek.

Dapur menerusi 4 episod yang bersiaran mulai 16 November 2009, setiap Isnin, jam 12.00 malam di TV2 berkongsi babak menarik watak Abdullah tidak faham mengapa beliau dihadiahkan sebuah dapur sempena hari pencennya. Dan kehadiran dapur telah menyebabkan kemarahan Abdullah semakin bertambah. Abdullah tidak dapat melihat kebolehan dan keistimewaan yang dimilikinya lantaran pegangan hidupnya yang menganggap memasak adalah tanggungjawab dan bukannya perniagaan. Lebih-lebih lagi dapur adalah tempat mutlak orang perempuan.

Beliau tidak menyedari kebolehannya sebagai tukang masak nasi beriani yang dipuja ramai oleh masyarakat setempat telah menjadi inspirasi kepada anak-anaknya untuk mendalami bidang masakan. Bermula dengan Rahman anak kesayangannya dan secara perlahan-lahan diikuti oleh Hasan adik kepada Rahman.

Minat Rahman terhadap masakan juga menyebabkan isterinya Azizah terasing dan tersisih, beliau merasakan kemahiran Rahman menutup ruang untuknya membelai hati suaminya. Tanggungjawab menyadiakan makan minum semuanya diambil oleh Rahman sehingga Azizah tidak pernah berpeluang untuk memasak bagi Rahman.

Kepulangan Rahman ke kampung untuk meraikan hari pencen ayahnya menjadi sebaliknya. Tindakan Rahman telah menggunakan dapur baru dan mengenepikan dapur lama seolah-olah mencabar Abdullah sebagai ketua rumah. Aminah isterinya yang setia juga menerima tempias kebencian Abdullah sehingga beliau sanggup menghalau Aminah keluar dari rumah.

Kekosongan yang ditinggalkan Azizah diisi oleh Siti, pembantu Rahman di Cafe Sinar Jiwa. Tugas dan minat yang sama membibit bunga-bunga cinta dan akhirnya disaksikan sendiri oleh Azizah. Adakah Azizah mahu mengalah atau mempertahankan cintanya dan adakah Abdullah dapat menerima takdir segala-galanya hanya boleh dirancang dan takdir adalah milik ketentuan Tuhan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pengarah Cakap Tak Serupa Bikin

Senarai Peserta Twisties Bingit 8TV