in

Zizan Nin Bahagia Tinggal Di Rumah Baru

Zizan Nin Teruja & Bahagia Tinggal Di Rumah Baru. Pelakon Zizan Nin memberitahu dia dan isterinya, Fazilah Hani Harun teruja kerana dapat berpindah ke rumah baru mereka di Ukay Perdana, Ampang dekat sini sejak awal Ramadan lalu.

Zizan Nin Kahwin

Zizan Nin Bersama isterinya semasa majlis nikah

Zizan berkata, mereka yang sebelum ini menetap di Kota Damansara di sini masih lagi dalam proses menghias kediaman itu yang akan mengenakan konsep moden.

“Akhirnya impian untuk memiliki kediaman impian kami berdua terlaksana dan kami cukup gembira akhirnya dapat berpindah ke rumah baru,”

Dalam pada itu, Zizan memberitahu walaupun mereka berdua gemarkan konsep moden tetapi isterinya menyerahkan kerja-kerja menghias rumah tersebut kepadanya.

“Isteri sentiasa sibuk dengan kerjayanya dan saya pula jika tiada sebarang penggambaran akan menghabiskan masa untuk menghias rumah,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata, jika tiada aral melintang dia dan isteri ingin mengadakan rumah terbuka buat sahabat dan rakan media dalam masa terdekat ini.

“Dulu rumah di Kota Damansara tidak begitu selesa untuk menjemput rakan-rakan datang ke rumah. Jadi tahun ini kami suami isteri berhasrat untuk menjemput sahabat handai dan rakan media dalam sebuah majlis rumah terbuka,” ujarnya.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya Zizan berkata dia sedang meneliti beberapa tawaran lakonan dan menjangkakan akan kembali sibuk di lokasi penggambaran selepas Syawal.

Zizan Nin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fashion Showcase 20 By Two

Menangi iPad, iPhone, Kamera dalam Peraduan Siswa Merdeka