in , ,

Zizan Cemburu Tengok Kemesraan di IG, Ini Cara Janna Memujuk & Membalas Komen

Alahai… Zizan Razak Nampaknya ‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Dipamerkan Janna Nick Dan Teman Lelaki

Percintaan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick dengan teman lelaki, Dini Azan Schatzmann bukanlah satu rahsia dalam industri hiburan tanah air.

Mereka secara terbuka kerap berkongsi foto-foto dan video-video yang sweet untuk tatapan peminat.

Terbaharu, Janna telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya yang memaparkan dia bersama dengan Dini di sebuah pusat peranginan.

Janna

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para peminat yang rata-rata mengharapkan hubungan mereka akan sampai ke alam perkahwinan.

Tidak ketinggalan, pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak turut meninggalkan komen:-

Janna

Buat masa ini, Zizan tidak digosipkan dengan mana-mana wanita.

Mungkin juga pelawak tersebut ada perancangan lain, atau juga ada buah hati yang masih dirahsiakan.

Apa pun, soal jodoh adalah satu rahsia yang kita tidak dapat jangkakan.

Kami di Hot FM mendoakan semoga hubungan Janna Nick dan Dini akan berakhir dengan perkahwinan.

Manakala untuk Zizan, kami doakan semoga urusan Zizan bertemu suri hati dipermudahkan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru Sahaja Timang Cahaya Mata Lelaki, Fara Hezel Dedah Nama Anak

Antara Trio Hero Covid-19, Dr Noor Hisham Dapat Pengiktirafan Media Singapura