in , ,

Ziva Magnolya Lancar Album Sulung Berjudul Magnolya 

Selepas berjaya memasuki industri muzik pada tahun 2020, penyanyi jelita, Ziva Magnolya kini melancarkan album sulung berjudul Magnolya di bawah syarikat rakaman Universal Music Indonesia.

Album Magnolya diibaratkan seperti mimpi jadi kenyataan apabila penyanyi berusia 21 tahun itu sentiasa menantikan saat bahagia itu selepas menyertai program pencarian bakat popular, Indonesia Idol musim kesepuluh sekitar dua tahun lalu. 

Siapa sangka, kehadiran Ziva dalam program realiti itu berjaya mengangkat nama dan bakat luar biasa yang dimilikinya hingga kerjaya seninya semakin berkembang dan berjaya menarik perhatian ramai pencinta muzik di Indonesia. 

Pemilihan Magnolya yang diangkat sebagai judul album sudah cukup untuk merangkumkan kehebatan Ziva di persada seni nyanyian. Malah, nama Magnolya itu sendiri boleh dianggap satu penegasan dan petanda baik apabila impian Ziva untuk menghasilkan album penuh akhirnya tercapai. 

Tidak hanya itu, nama Magnolya yang dipilih sebagai judul album sulungnya itu juga membuktikan kekuatan pemilik suara merdu ini dalam industri seni selain menjadi satu kebanggaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. 

Album Magnolya merangkumi lapan buah lagudi mana lima lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah single hits yang pernah dilancarkan Ziva sebelum ini. 

ZIVA MAGNOLYA

Antaranya adalah Tak Sanggup Melupa #TerlanjurMencinta yang menjadi single pertama Ziva yang dilancarkan pada 26 Jun 2020. Selain itu, terdapat juga lagu Mata-Mata Harimu, Sampai Kapan, Terlukis Indah berduet dengan Rizky Febian dan single terbaharu yang dilancarkan pada April lalu berjudul Peri Cintaku

Menariknya mengenai Peri Cintaku, lagu yang sudah meraih 28 juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan itu berjaya mencetuskan fonomena luar biasa. Lagu terbabit turut menduduki carta trending nombor satu di YouTube serta antara menduduki Top 3 di beberapa carta di platfrom digital. 

Beberapa hari sebelum album sulungnya itu dilancarkan, Ziva juga memberi kejutan dan membanggakan peminat setianya apabila dipilih sebagai Spotify EQUAL Ambassador dari Indonesia untuk bulan Julai sekali gus menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Selain lima lagu hits yang pernah dilancarkan sebelum ini, album Magnolya juga memuatkan tiga lagu baharu yang belum pernah dilancarkan atau diperdengarkan untuk tatapan umum. Tiga lagu itu adalah Munafik, Bahagia?, dan Pilihan yang Terbaik.

Lagu Munafik ditulis sendiri oleh Ziva  bersama SOIN.  Ia menceritakan kisah penantian sebuah percintaan yang entah sampai bila kerana tiada kepastian. Lagu itu mengangkat genre pop balada yang disertakan dengan instrumen piano dan strings section yang menjadikannya lebih syahdu untuk didengar.

Untuk lagu Bahagia?, Ziva mengambil nuansa muzik yang rancak dan pop yang mesra untuk didengarkan. Walaupun lagu ciptaan Ziva dan SOIN ini bercerita tentang keadaan patah hati seseorang yang ditinggalkan pasangannya, namun lagu itu tetap mampu menyentuh jiwa pendengar. 

Seterusnya, lagu Pilihan Yang Terbaik yang ditulis oleh Seto Bramana ini menjadi salah satu lagu cinta yang menyedihkan apabila bercerita mengenai pengakhiran sebuah perhubungan. Sesuai dengan ceritanya, lagu ini dikemas dengan sangat baik apabila instrumen cello di beberapa bahagian menjadi pemanis kepada sebuah lagu cinta yang sangat indah. 

Muzik video 

Kesemua lapan lagu yang dimuatkan dalam album Magnolya dapat didengari dalam bentuk audio di semua platform digital. Selain dalam bentuk audio, tiga lagu baru yang ditampilkan turut mengandungi video di akaun YouTube rasmi Ziva Magnolya.

Bagi lagu Munafik, muzik video dihasilkan oleh kausa.xyz dengan kerjasama pengarah Isdam Atrahadena. Muzik video Munafik turut menampilkan salah seorang aktor muda berbakat, Chicco Kurniawan, yang sebelum ini pernah terbabit dalam muzik video Peri Cintaku.

Dalam masa sama, dua lagu baharu iaitu Bahagia? dan Pilihan yang Terbaik akan dibuat dalam bentuk lirik video. Lagu Bahagia?  digarap oleh Holyred Studioworks, manakala Pilihan yang Terbaik oleh VSLZM. Sementara itu, lirik video Munafik turut akan dilancarkan selepas ini oleh idea kreatif, kausa.xyz.

Boxset album 

Kemunculan album Magnolya turut dikejutkan dengan boxset edisi istimewa yang sangat terhad untuk direbut oleh peminat setia Zavi. Boxset eksklusif ini mengandungi album fizikal Magnolya, dan beberapa barang yang dapat dijadikan koleksi. Antaranya holographic box, friendship bracelet, holographic photocard, sticker set, booklet lirik, dan CD album.

Dapatkan album Magnolya sekarang dan dengarkan setiap lagu yang dimuatkan dalam album Ziva Magnolya ini. Jangan lupa jadikan setiap lagu Ziva sebagai playlist kesukaan anda supaya hari anda bertambah warna dan bahagia. 

Senarai lagu album Magnolya:

1. Peri Cintaku

2. Munafik

3. Sampai Kapan

4. Terlukis Indah

5. Pilihan yang Terbaik

6. Bahagia?

7. Mata-Mata Harimu

8. Tak Sanggup Melupa #TerlanjurMencinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AMIR MASDI

Lagu SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH Versi Amir Masdi Diiktiraf Ella! 

Baik Buruk Saya Akan Tanggung, Elyana Akui Tidak Lagi Berhijab