Penyanyi Ziana Zain melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat buat persembahan pada peringkat final program Seiras Seirama yang berlangsung pada Ahad lalu gara-gara mengalami sakit tekak dan demam. Menurut Ziana Zain, dah dua minggu dia mengalami sakit tekak dan suara yang keluar adalah suara ‘itik’. Ini kerana cuaca yang sangat panas dan sejuk bertukar ganti kebelakangan ini.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 48, berkata, dia sepatutnya berduet dengan Mas Idayu pada segmen persembahan ikon program berkenaan namun kesihatannya yang terganggu sejak dua minggu lalu membantutkan hasrat tersebut.
“Rasa ralat sangat apabila tengok rakan-rakan lain mengadakan persembahan untuk peminat dan saya hanya dapat tengok sahaja. “Tetapi hendak buat macam mana keadaan kesihatan tidak mengizinkan dan suara saya pun tersekat-sekat dan serak akibat demam.”
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.