Penyanyi terkenal Ziana Zain yang bakal bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) menerusi lagu duet bersama Hasif Upin berjudul Waktu enggan memikirkan soal persaingan dengan penyanyi berkaliber lain.
Saya tak fikir soal saingan langsung. Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah fokus untuk memberikan persembahan terbaik.
– Ziana Zain
“Pada umur sekarang saya sudah malas nak fikir soal itu, saya sebagai emak kepada anak-anak saya, hanya fikir soal boleh menyanyi dengan baik atau tidak sahaja,”Â
Kak Gee akan bersaing dengan penyanyi handalan Datuk M Nasir dan beberapa nama besar.
Menurut Ziana, kehadirannya di pentas itu hanyalah untuk memberi sokongan dan menghargai pengkarya yang menghasilkan lagu Waktu iaitu Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.
“Mereka sangat meletakkan harapan yang tinggi pada saya. Tak sampai hati nak mengecewakan orang yang bagi lagu sedap pada kita. Apa perasaan dia bila kita tak menghargai?
– Ziana Zain
Jadi niat saya nak bawa nama komposer dan penulis lirik. Saya hanya mewakili mereka. Bagaimanapun saya gugup juga nak menyanyi tapi saya akan cuba yang terbaik,”Â
Ziana ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman konsert solo yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, hari ini.
SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, manakala SFMM38 akan berlangsung pada Jumaat sehingga Ahad ini.
Ditanya mengenai konsert yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mei tahun depan, Ziana meluahkan rasa teruja dan syukur apabila dapat merealisasikan impian itu selepas 22 tahun tidak mengadakan konsert solo.
Kali terakhir pelantun Puncak Kasih itu mengadakan konsert solo adalah menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada 2001.
“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan konsert solo ini selepas terbabit dengan Anuar Zain dalam sebuah konsert di Dewan Plenari Kuala Lumpur.
– Ziana Zain
“Selepas menjayakan konsert itu tahun lalu terus rasa seronok tapi tamat saja konsert itu saya buntu tak tahu nak buat apa.
“Kemudian Alhamdulillah saya dapat tawaran dari Anuar Zain Network, saya fikir mengapa tidak saya cuba. Selepas itu satu tawaran besar datang tapi saya terpaksa tolak sebab saya sudah berjanji dengan Anuar. Saya pegang saya punya janji dan syukur ada pasukan yang bagus untuk konsert ini.
“Yang pasti ia akan melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini, Insya-Allah,”Â
Ziana Zain Konsert 2024 anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur mendapat sentuhan pengarah muzik Aubrey Suwito serta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson bertindak sebagai pengarah konsert.