Ramai tetamu tak menduga, penyanyi Ziana Zain telah buat kejutan di segmen fesyen Stailista, Party Ulangtahun Ke-2 Murai. Setelah melahirkan bayi kembar yang comel, Ziana Zain nampaknya kembali langsing walaupun masih ada yang kata ZZ dah berisi. Muka orang lepas beranak memang tembam sikit. Tapi beliau kata, proses kuruskan badan masih dijalankan. Ansur-ansur lah tu.
Kira-kira 500 orang tetamu bertepuk tangan tatkala Ziana Zain muncul dengan menggayakan fesyen rekaan Syaiful Baharim selepas barisan model dari Ford Model Supermodel of the World.
Dengan iringan lagu She Work Hard For THe Money dari Donna Summer, ibu kepada bayi kembar Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh itu melakukan catwalk dengan memakai gaun petang berwarna hitam. Sangat elegan dengan dihiasi anting-anting mutiara Rafflesia.
Anita Mui
Fesyen ala Ramlah Ram masa AJL. Masih ingat?
Michael Jackson?