in

Ziana Zain Buat Gimik Tangan Melecur Kena Air Panas?

Seperti yang Budiey ceritakan dulu, untuk mewujudkan alert, pasti ada teknik atau gimik bila seseorang artis itu dapat offer jadi duta atau jurucakap produk. Ini penting juga untuk melariskan produk ini.

Tapi dalam kes tangan Ziana Zain melecur ni, Budiey masih belum pasti. Cuma dalam yang meragukan bila ZZ kata, dia ada sebut nama produk yang digunakannya. Mmm… siap cakap lagi produk tu berjenama La Mer.

Okay, ni mesti ada sesuatu!

Dalam portal Murai, Ziana menceritakan tragedi sebenar yang berlaku.

Pada event sebelum sidang akhbar Antara, Ziana juga hadir di Sidang Media Teater Gamat dan sebelum tu juga ada tayangan amal filem Magica.

Ziana hadir dengan kedua-dua belah tangannya berbalut akibat terjirus air panas sewaktu sedang leka menyiapkan sarapan pagi buat keluarganya sekitar jam 7 pagi pada 8 Februari lalu (Isnin). Bukan setakat kedua-dua belah tangannya saja yang melecur, malah air panas turut singgah ke peha kanan penyanyi Puncak Kasih itu hingga menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital pada pagi hari berkenaan.

“Sebab itulah Akak pakai baju kembang hari ini, sebab peha ini masih sakit. Bukan saja susah bila nak makan, tapi juga nak basuh pinggan dan pakaian. Malah memandu juga susah. Yalah semuanya Akak buat sendiri. Sakit yang Akak rasakan ketika itu bukan kepalang.Mengelitik-gelitik seperti ikan. Sampaikan tiba di pusat kecemasan hospital, akak masih menggelitik-gelitik kesakitan. Masa itu memang meraung tak ingat dunia langsung. Hanya Tuhan sajayang tahu. Tapi rasa sakit itu hanya pada hari pertama saja, sekarangsudah berkurangan. Alhamdulillah,”

Ziana menambah, doktor telah menyapukannya dengan krim khas lecur selain memberikannya ubat penahan sakit serta antibiotik, sebaik sajadia dirawat di hospital berhampiran rumahnya di Shah Alam.Jelas ibu kepada 4 cahaya mata itu, dia sendiri tidak menyangka,rutin harian yang sering dilakukannya setiap pagi itu telah menjaditragedi buruk yang tidak mudah dilupakan.

Sempat menunjukkan kesan lecuran pada tangan sebelah kanannya, Ziana berkata tiada apa yang dapat dilakukan melainkan menundukkan rasa redha dengan takdir Tuhan, selain bersangka baik yang mungkin adanya hikmah di sebalik kejadian berkenaan.

“Apa yang penting sekarang, Akak perlu kerap sapukan kesan lecur ini dengan gel elovera bagi memastikan ianya cepat sembuh. Nanti bila ia hampir sembuh, Akak akan melakukan rawatan seterusnya menggunakan produk La Mer supaya tidak ada kesan lecuran yang tertinggal,”

Meskipun begitu jelas Ziana, kecederaan dialaminya itu bukanlah alasan untuknya kembali berehat panjang seperti selepas bersalin,sebaliknya dia begitu komited untuk tetap menghadiri beberapa undanganyang memerlukan kehadirannya dalam masa terdekat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sidang Media Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah

Gambar Aizat di Konsert Satu Suara di Istana Budaya