in , ,

Ziana Bengang Kenyataan Diputar Belit, Dikatakan Berbaik Dengan Bekas Suami

Penyanyi Ziana Zain berang tindakan sebuah blog yang didakwa memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakannya berbaik semula dengan bekas suami.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 55, berkata artikel ditulis blogger tidak dikenalinya itu bukan sahaja menimbulkan keraguan dalam kalangan keluarga dan rakan, tetapi menyusahkan dirinya.

ZIANA ZAIN DI DWEAN FILHARMONIK PETRONAS

“Banyak cerita saya yang lain saya cakap, lain keluar. Malah, ada yang ucap tahniah kepada saya.
“Saya tanya kembali ucapan tahniah untuk apa? Seawal jam 7.30 pagi saya terima mesej dari keluarga dan rakan-rakan bertanyakan betulkah sudah berbaik dengan bekas suami.
“Saya marah dan kecewa dengan blogger yang menulis cerita ini. Jangan pusing-pusing cerita sampai buat orang keliru,”

– ZIANA ZAIN

Ziana Zain ditemubual semasa sidang media Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di Menara Berkembar Petronas.

KONSERT RAYA SEPANJANG ZAMAN DFP FEATURING  BOB YUSOF, DATUK HAIL AMIR, ZIANA ZAIN &  SANISAH HURI

Tambahnya, perkara seperti ini tidak sepatutnya dibuat main kerana ia turut membabitkan emosi anak-anaknya.

“Dua tiga hari ini kerja saya hanyalah menjawab pertanyaan keluarga dan rakan-rakan mengenai kesahihan berita ditulis.
“Kita dalam bulan puasa. Bila keluar cerita seperti ini, ada yang menyokong dan ada pula mengecam.
“Jangan tulis apa yang saya tidak cerita. Sebab saya ada anak-anak, nanti kalau anak tanya, saya nak jawab apa?,”

– ZIANA ZAIN

Terdahulu, penyanyi Madah Berhelah ini memaklumkan dia tidak menyimpan dendam atau marah terhadap bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas lima tahun kemelut rumah tangga berlalu.

Penyanyi bervokal lantang itu juga tidak sesekali memisahkannya dengan anak-anak. Ini kerana Armin tetap bapa kepada empat cahaya mata mereka.

ZIANA ZAIN DI DWEAN FILHARMONIK PETRONAS

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada Mac 2018 apabila timbul dakwaan Armin mendera anak lelakinya. Ekoran itu, Ziana membuat laporan polis dan bertindak memfailkan perceraian.

Armin menamatkan kemelut melanda perkahwinan apabila menceraikan Ziana dengan talak satu pada Julai, tahun yang sama.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Teruja Shukri Yahaya Beli Kereta Baru, Harga Cecah Jutaan Ringgit

Janna Bikin Penonton Cemas dalam BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN