in

Zery Zamry Lancar Koleksi Busana Raya 2014

Pada tahun 2014, Zery Zamry menampilkan dua koleksi eksklusif yang baru bertemakan Pastel Raya 2014 dan Classic Glam Raya 2014 khasnya untuk hari Raya Aidilfitri oleh pereka fesyen terkenal tanah air Zery Zamry. Bagi Pastel Raya 2014, menampilkan 9 rekaan “ready to wear” dan “custom made” yang bercirikan warna-warna pastel seperti soft pink dan soft purple yang membuatkan pemakai nampak feminin.

Koleksi rekaan ini juga menggunakan perician sulaman manik dan bulu mewah kasawari. Manakala, bagi potongan koleksi ini adalah kurung moden, kurung Pahang, blouse dan skirt labuh yang boleh disuai padankan.

zerry-zamry

Bagi Classic Glam Raya 2014, adalah koleksi kapsul eksklusif kesinambungan koleksi terdahulu Classic Glam 2012 dimana menampilkan 5 rekaan yang mempunyai pencirian sempurna dan sofistikated. Rekaan yang menonjolkan imej glamor ini bercirikan warna asas hitam dan “nude” yang semestinya membuatkan pemakai tampak lebih elegan dan klasik. Penggunaan fabrik-fabrik bercorak seperti polka dot, jalur, berbunga broked menampakkan elemen klasik yang cuba ditonjolkan.

Koleksi raya pada kali ini menampilkan dua gabungan idea potongan berbeza zaman iaitu potongan klasik dan juga kehendak trend pada masa kini. Tambahan pula, kelainan rekaan pada tahun ini dapat diperlihatkan dari penggunaan jenis fabric dan perincian bagi setiap helai baju mahupun skirt bagi menonjolkan keayuan di hari lebaran nanti malah mampu memberi perasaan undertstated elegance kepada pemakainya.

Keistimewaan rekaan pakaian di dalam koleksi-koleksi ini dapat dilihat melalui ketelitian dan kekemasan jahitan serta kepakaran Zery Zamry dalam menggunakan elemen-elemen forte Zery seperti manik dan tatahan butiran kristal Swarovski yang tidak terlalu sarat pada rekaannya. Teknik-teknik yang digunapakai menerusi buatan tangan yang halus atau couture seperti pleats, patching, tulle-gathering, dan juga sulaman manik di dalam rekaan beliau.

Penggunaan fabrik yang glamor dan sofistikated juga telah digunakan oleh Zery Zamry seperti organza silk, shantung silk, chiffon silk, french lace dan satin silk. Selain itu, kepelbagaian texture pada skirt-skirt juga dititikberatkan dengan elemen-elemen ‘movement’ sangat menarik pada koleksi ini.

Koleksi ini sesuai digayakan ke rumah-rumah terbuka dan majlis-majlis formal ketika dibulan syawal nanti. Antara golongan sasaran yang di sasarkan ialah wanita2 berkerjaya, golongan vvip dan artis-artis tempatan yang mahukan kelainan dan berani dalam berfesyen. Muse pada kali ini ialah Yana Samsudin. Harga bermula RM699 dan keatas. Untuk keterangan lanjut sila emailkan kepada [email protected] atau hubungi di talian +60176519056 (Zery Zamry), +60172775556 (Shariff Jofri, PR Manager).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jue Aziz dalam Drama Bersiri Serpihan Hati

MTV Announces Video Music Awards Japan 2014 Winners