Tiga jam selepas menyiarkan tweet bernada sindiran di Twitter, pelakon Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telah tampil memohon maaf secara terbuka di Twitter. Zed Zaidi telah mengakui dia sebenarnya menjadi keliru dengan maklumat tentang pesawat MH370 yang hilang dan tidak berniat untuk memburukkan keadaan serta mendoakan agar semuanya selamat.
Hentikan Spekulasi! Sy Keliru. Kita Doa Semoga Semua Anak Kapal & Penumpang MAS Yg Hilang Dlm Keadaan Selamat Semoga Allah Melindungi Mereka
— zedzaidi (@rozaidijamil) March 8, 2014
Sy Mohon Maaf Atas Kenyataan Mengenai Kapal Terbang MAS Yg Hilang di Twitter & FB Sy tadi. Sy Tiada Niat Utk Memburukan Lagi Keadaan. TQ.
— zedzaidi (@rozaidijamil) March 8, 2014
Zed Zaidi menerusi status Twitter miliknya yang dipadamkan itu dikatakan telah memperlekehkan insiden tersebut dengan mempersoalkan tentang kebenaran berita itu dan mengaitkannya dengan isu hidangan ‘nasi lemak telanjang’ dan ‘asam pedas’ MAS.
Diharap di masa yang akan datang, selebriti kita atau sesiapa sahaja yang membaca entri ini dapat menjaga etika di laman sosial dan berfikir dahulu sebelum menyiarkan apa sahaja status di jaringan laman sosial. Think before you write. Get your update from reliable sources because there are too many speculations, too many insensitive & inhumanly comments spreading wildly via the internet.
Sekarang ini kita kekurangan emosional intelligent gara-gara ramai sangat yang mahu jadi Raja Penyampai Maklumat ni, betul tak?