Radio ZAYAN dan Warner Music Malaysia telah menganjur program “CUCI Masjid†Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama muslimin dan muslimat Masjid AS SALAM, Puchong Perdana pada 8 Disember 2018 dari 7.30 pagi hingga 12.30 petang.Â
- Penyampai-penyampai radio ZAYAN seperti Mawi dan Anas dari segmen pagi ‘Salam BROS’, serta Awi Rafael selaku selebriti terkenal naungan Warner Music Malaysia membanting tulang untuk memberi semula khidmat kepada masyarakat dengan membersih dan membasmi lubuk nyamuk Aedes serta menyediakan makanan secara bergotong-royong.
- Selain daripada memupuk hubungan baik diantara pengaruh-pengaruh industri muzik Malaysia melalui kolaborasi antara ZAYAN dan Warner Music Malaysia, inisiatif ini juga bertujuan mendekatkan lagi silaturahim diantara penyampai-penyampai radio ZAYAN dan peminat-peminat ZAYAN di tahap akar umbi.
- “CUCI Masjid†turut menekankan bahawa masjid merupakan pusat komuniti setempat untuk acara ilmiah dan aktiviti luar yang menjurus ke arah kebaikan serta menggalakkan masyarakat untuk menggunakan kemudahan yang tersedia.
- Program ini dimeriahkan dengan persembahan khas oleh Awi Rafael kepada kira-kira 200 penduduk kawasan dan peserta gotong-royong.
- Usaha “CUCI Masjid†ZAYAN ini dijalankan untuk kali kedua, dengan kali pertamanya pada tahun lepas.
- Selain itu, program “CUCI Masjid†turut melihat pelancaran “Skuad Denggi†yang disokong penuh oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). “Skuad Denggi†merupakan kumpulan pelaksana yang bertanggungjawab memberi pendedahan kesihatan tentang bahayanya penyakit denggi dan teknik-teknik pencegahan awal pembiakan nyamuk Aedes kepada masyarakat.