in , ,

Zarina Zainordin Frust Putus Cinta Dengan Azlee Khairi?

Zarina Zainordin dah lama putus cinta dengan Azlee Khairi. Cuma media masih mahu tahu dan nak korek sebab musabab mengapa mereka ambil keputusan untuk putus cinta. Jika ditanya pada Azlee Khairi beliau mengatakan, dia dan Zarina tiada hubungan istimewa.

zarina

Bagi Zarina pula, sejak dua bulan lalu, dia menyepi diri kerana tidak mahu diganggu atau mungkin juga Zarina tidak mahu melayan soalan dari media tentang hubungan cinta dengan Azlee yang tidak kesampaian. Sebelum ini, Budiey rasa dah banyak kali Zarina kecewa bercinta. Kesian. Kena mandi air bunga ni.

[pullquote]Zarina Zainordin sejenis yang tidak suka mengenang kisah lama. Yang berlalu, katanya, biarlah berlalu. Life must goes on.[/pullquote]

Zarina rasa bersyukur sebab dia masih mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan. Menurut siaran dari Harian Metro, Zarina kini dah kembali bekerja dan sekarang sibuk di lokasi pengambaran drama. Kalau tak percaya, korang boleh tengok gambar di Instagram Zarina Zainordin.

Kalau boleh jangan berhenti berlakon sebab bakat yang ada pada Zarina sangat diperlukan untuk memajukan industri. Ramai rakan artis yang memuji kebolehannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fenomena Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul

Farid Sanullah Muncul Dengan Single Terbaru Subhanallah