TINDAKAN segelintir artis ‘menyerang’ Zarina Anjoulie Lavocah dalam kumpulan Telegram sedikit pun tidak menggugat pelakon drama Anak Pontianak itu. Zarina, 33, atau mesra disapa Anju berkata, dia hanya bercakap perkara betul secara menyeluruh.
“Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap.
Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.
“Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat.
Mereka nak tindas orang yang senang dipijak.
“Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut?
Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau,”
– Zarina
Ditanya mengenai laporan polis dibuat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terhadapnya, Zarina berkata, dia tidak membuat sesuatu yang salah.
Zarina turut menyifatkan tindakan segelintir artis yang mengutuknya berdasarkan isi kandungan dalam kumpulan Telegram seperti yang tersebar itu adalah salah.
“Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut?
Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima?
Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.
“Mereka kutuk dan hina saya dan rancang nak saman. Saya sudah tahu dari awal sebab ada yang beritahu.
Apabila saya tularkan, mana saman yang kata nak saman saya. Tapi senyap, sebab saya boleh saman malu.
“Kalau ikutkan, saya yang patut buat laporan polis dan saman. Sebab mereka sudah fitnah dan malukan saya,”
– Zarina
Menurut Zarina, tidak ada sebab untuk dia meminta maaf.
“Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf.
Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?
“Seperti yang saya beritahu, apa saya cakap tak salah.
Cuma satu pesan saya, kalau betul nak tolong artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan, alhamdulillah.
Sebab apabila orang cakap nak buat benda baik, kita kena fikir positif,”
– Zarina
Terdahulu, tular paparan skrin perbualan dalam kumpukan Telegram membabitkan artis yang didakwa mengecam Zarina susulan video yang dimuat naik di Instagram.
Antara lain, isi kandungan mesej itu turut memperlekeh dan menghina netizen dengan panggilan lembu, IQ (tahap penikiran) rendah dan banyak lagi.
Sumber: Harian Metro