Isu anak seni tagihkan bantuan saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semakin hangat diperkatakan. Tampil seorang artis yang lantang di sosial media, Zarina Anjoulie telah menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan. Ternyata, Zarina Anjoulie tidak bersetuju dengan cadangan beberapa rakan artis yang meminta bantuan kerajaan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, Zarina mengkiritik rakan artis yang meminta bantuan kerajaan, sedangkan mereka sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.
Menurut Zarina, artis sepatutnya memohon bantuan daripada Persatuan Seniman atau rakan selebriti dalam industri seni bukannya kerajaan.
Zarina Anjoulie Sindir Artis Tayang Kemewahan Tapi Minta Bantuan Kerajaan
Katanya, iarpun dia menjalani kehidupan secara sederhana namun masih mampu makan makanan mewah dan berkongsi rezeki dengan orang yang kurang bernasib baik.
“Itu pilihan kau untuk beli kereta dan motor mahal. Lepas itu, tak ada duit nak makan.
That’s your choice bro! Kalau dah tahu macam itu (cabaran hidup yang makin susah), hiduplah secara bersederhana,”
“Ni masing-masing tak sedar diri pakai kereta mewah, sanggup ikat perut sehingga tak ada wang simpanan. Yang aku ni bawa Satria Neo buruk pun makan ‘steak’ dan udang galah la hari-hari. Malah, aku dan boyfriend aku boleh menderma.
“Bukan nak riyak, tapi macam mana aku ini hidup sederhana tapi boleh kongsi dengan orang lain. Korang yang ada Alphard hitam la Velfire hitam,”
– Zarina Anjoulie
Sebelum ini, penyanyi Black Hanifah dan Tomok menjadi mangsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.
Bagaimanapun terdapat salah faham kerana netizen dikatakan tidak memahami suara mereka itu adalah bagi mewakili pekerja seni lain khususnya di belakang tabir dan selebriti veteran.
“Cuba kalau korang hidup sederhana, hidup macam orang biasa tak ada la orang kecam,”
– Zarina Anjoulie
Namun kata Zarina, pandangan masyarakat kononnya golongan artis mempunyai kelas tersendiri dan tidak perlu dibantu adalah kerana gaya hidup mewah yang dipamerkan mereka khususnya di media sosial.
“Masalahnya ialah engkau yang tanam dalam otak orang seperti anda semua kaya raya walhal you guys have nothing!“
“Dan apabila sekarang korang kena kec4m, padan la muka korang artis-artis. Cuba kalau korang hidup sederhana, hidup macam orang biasa tak ada la orang kecam,”
Dalam pada itu Zarina turut membidas beberapa kenyataan balas daripada rakan selebriti yang kononnya bersuara bagi pihak pekerja belakang tabir dan artis veteran.
“Aku nak menangis bila ada artis layak nak minta bantuan. Memanglah penggambaran, persembahan dibatalkan tetapi ada gaji beribu bukan puluh-puluh ringgit.
“Sebab itu penting bila dapat gaji simpan bukan beli kereta mewah, beg mewah dan sibuk nak flex. Ikut kemampuan,”
– Black
“Tak payah nak cakap untuk kegunaan orang belakang tabir sebab mereka bukan dianggap sebagai artis. Lagi satu nak beritahu, konon nak bercerita yang korang nak utamakan artis veteran.
“Selama aku berlakon, tak ada sesiapa pun peduli mengenai artis veteran. Selama ni pun mereka dibayar rendah, kalau boleh RM100 sehari.
“Mereka tak pernah nak hargai artis veteran… inilah Malaysia. Jadi, sekarang tiba-tiba nak utamakan artis veteran. Selain itu, jurusolek bukannya artis dan mereka juga layak untuk mohon semua bantuan.
“Segelintir artis ini hanya mengambil kesempatan dengan masyarakat. Ramai artis yang saya hubungi untuk buat kutipan derma tapi tak ada seorang pun nak buat,”
– Zarina Anjoulie
Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Zarina itu dan memuji dia berani bersuara. Mereka berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 14 April ini menjejaskan periuk nasi penggiat seni, dan berharap agar kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis sebelum ini sudah banyak membantu negara.
Namun, kenyataannya itu menerima kecaman hebat di media sosial kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar sana memerlukan bantuan berbanding golongan selebriti.
Hakikatnya, kat luar sana, masih ramai golongan selebriti yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kelihatan bergaya dan kaya raya dalam skrin televisyen, namun itu bukan realiti hidup sebenar seseorang.
Ada yang tinggal di kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bersama golongan bawahan. Sesetengahnya terpaksa berniaga dan menjaja di karnival serta bazar demi menambah pendapatan.