Beberapa hari lalu, pelakon Sharifah Sakinah telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah faham antara dia dan Zarina Anjoulie Lavocah sebelum ini. Susulan itu, Zarina Anjuli juga tampil melakukan perkara yang sama, iaitu memohon maaf dan mengakui segala kesilapannya.
Zarina menerusi video berdurasi 2 minit 55 saat yang dimuat naik di IGTV Instagram meminta supaya warganet berhenti menulis kecaman terhadap Sakinah kerana dia sendiri mengenali peribadi Sakinah walaupun menurut segelintir netizen, Sakinah dikatakan tidak ikhlas memohon maaf dalam video tersebut. Menurut Anju, Sakinah sudah pun menghantar mesej kepadanya untuk memohon maaf diatas perselisihan pendapat antara mereka sebelum ini.
Malah, isu berkenaan semakin berlarutan sehingga satu laporan polis telah dibuat oleh Seniman yang menyatakan video yang dirakam dan dimuat naik telah menimbulkan pelbagai perbalahan antara netizen dengan artis dan pada masa sama, mencalarkan imej Seniman sebagai persatuan.
Bagaimanapun, Zarina menerusi video terbarunya menyatakan dia juga telah mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan untuk mengambil tindakan saman terhadap tiga individu.
“Semalam aku dah buat report, tiga nama aku dah submit untuk aku proceed kes saman. Jangan dari elok-elok kau bercita-cita nak makan daging aku buat kau makan pasir,†tegasnya.
Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak menyatakan lebih lanjut tentang tiga nama tersebut.
Kredit Foto: Instagram Zarina Anjoulie