Selepas tiga hari dua malam meringkuk dalam Penjara Kajang, pelakon dan model seksi berkontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie akhirnya dijamin adik perempuan tirinya di Mahkamah Petaling Jaya, semalam.
[pullquote align=”right”]Adik tiri Zarina bayar RM2,000 untuk membolehkan Zarina keluar dari lokap dan bebas sementara tunggu sebutan kes 8 Februari depan.[/pullquote]
Pelakon drama bersiri Anak Pontianak yang memakai baju T kelabu, seluar panjang merah jambu dan berkaca mata hitam itu dijamin keluar dari bilik lokap kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan yang tenang.
Adik tiri Zarina telah membayar RM2,000 bagi membolehkan Zarina keluar dari lokap dan bebas sementara menunggu sebutan kes 8 Februari depan.
[dropcap]P[/dropcap]ada 2 Januari lalu, Zarina dan teman lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing tak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di Mahkamah Majistret di atas kesalahan memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di nombor C-3-10, Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.
Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta itu, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin pada hari yang sama menerusi abangnya manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.
Ini bukan kali pertama Zarina didakwa atas kesalahan yang sama, sebelum ini pun pernah ditahan kerana dadah.
Yeay! I’m free now!
“I tak bersalah beb…”