Sabtu lalu menerusi video Zarina yang tular, dia menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan. Semalam, kontroversi tercetus lagi apabila Zarina Anjoulie memetik nama pelakon Fizo Omar sekepas Fizo cuba mengkritik Anju. Anju ni jenis akan berani tempelak mana-mana individu yang cuba ‘buat onar’ dengannya.
Anju telah memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat dan netizen yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila ada segelintir artis yang berkomplot untuk banned Anjuli, ada yang cuba nak report akaun Instagram Anjoulie bahkan ada juga artis yang mencaci dirinya.
Mereka semua dikatakan ada buat satu group Whatsapp dan berita itu sampai ke tangan Anjoulie, ia didedahkan oleh Zarina Anjoulie lagi menerusi IGTV miliknya.
Bagi Anjoulie, dia langsung tak takut dengan apa tindakan yang mereka lakukan, malah dia menyuarakan pendapat itu berdasarkan perspektif netizen atau dari kaca mata orang ramai, dan dia tak sekali menggelarkan dirinya artis sebab dia bukannya berlakon dah sekarang.
Anjouli juga langsung tak takut dengan tindakan golongan artis tersebut yang nak saman dirinya kerana dianggap menghasut orang.
Katanya dia ada segala screen shoot mesej itu dan dia lebih berani untuk saman mereka. Perbualan mereka semua didedahkan di posting Instagram miliknya.
Bertambah teruk apabila Sharifah Sakinah telah buat IG LIve bersama Anjulie bertanyakan tentang isu tersebut.
Sementara itu, Fizo Omar telah memuat naik video yang menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba melontarkan komen berunsur fitnah ke atas dirinya.
Apa yang kita harapkan isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan semoga segala krisis ini dapat diselesaikan dengan lebih baik.