Hubungan Alif Aziz & Zarina Anjoulie Panas Gara-Gara Tidak Puas Hati
Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz mendakwa kedudukannya sebagai penyanyi tergugat apabila pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menuduhnya menipu. Aliff bagaimanapun enggan mengulas apakah isu yang dimaksudkan itu kerana diarahkan oleh syarikat rakamannya Sony Music.
“Saya tak boleh nak mengulas lanjut tentang isu tersebut selepas dinasihatkan oleh pihak Sony Music agar tidak memberi sebarang komen kepada pihak media. Tetapi saya akan menjelaskan semuanya apabila tiba masanya nanti. Cuma diakui, reputasi saya sedikit terjejas gara-gara kontroversi ini,”
Antara entri Twitter Zarina
Tambah Aliff yang kini sibuk dengan rakaman album, dia berharap isu tersebut tidak diperbesarkan atau diputarbelitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pada Khamis lalu, Zarina mendakwa Aliff telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya.
Pelakon itu turut menghantar entri melalui Twitter Aliff dengan memperkatakan mengenai video kelakuan penyanyi muda itu yang sedang mabuk.
Foto mesra Zarina dan Aliff yang dimasukkan dalam entri Twitter pelakon wanita itu.
Zarina masih mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tentang entri di twitternya. Sebaliknya Zarina meminta mStar Online menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan.
“Tanyalah Aliff apa yang dia dah buat. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, maksudnya tiada apa-apa lah kot,” kata Zarina ringkas tetapi berbaur sinis menerusi SMS yang dikirimkan.
Difahamkan, pelakon itu memberi masa dua hari kepada Aliff untuk meminta maaf berhubung masalah berkenaan. via Mstar Online